- JBS Johor
- Hits: 603
KUNJUNG HORMAT SEMPENA SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2021 (HSN2021) KEPADA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK) BATU PAHAT
Batu Pahat, 5 Oktober 2021 - Satu sesi kunjung hormat bersempena Sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2021 (HSN2021) kepada Encik Mohamed Izuan bin Abdul Rahman, Ketua Daerah, AADK Batu Pahat telah diadakan bertempat di Ibu Pejabat AADK Batu Pahat.
Sesi yang diketuai oleh Puan Nur Amalina binti Holidi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat, disertai wakil-wakil daripada Majlis Belia Daerah Batu Pahat, Persatuan Sukan Kecergasan Negeri Johor dan Rentaqa Esport Malaysia.
Jalinan kerjasama antara Agensi Antidadah Kebangsaan Batu Pahat dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat melalui pelbagai program pembangunan belia dan sukan diteruskan lagi dalam menjayakan Sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2021 Peringkat Daerah Batu Pahat untuk memastikan semua lapisan masyarakat tidak ketinggalan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.
Kerjasama rentas kementerian, jabatan dan agensi ini adalah penting dalam memastikan rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan seterusnya bebas dan terhindar daripada masalah pelecongan sosial dan penyalahgunaan dadah serta bahan terlarang.
Ayuh bersama kita jayakan agenda nasional dan sahut seruan kerajaan dalam menjayakan objektif ke arah negara bersukan
Disediakan oleh PBSD Batu Pahat
- JBS Johor
- Hits: 603
