3 Februari, Johor Bahru - Lawatan tapak bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi perbincangan penambahbaikkan fasiliti-fasiliti sukan yang sedia ada di TMYIC. Lawatan tapak tersebut diketuai oleh Puan Fadzlina binti Abdul Malek, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MBJB yang turut dihadiri oleh Puan Belinda Michelle binti Benedict, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru, wakil-wakil daripada Jabatan Kerja Awam dan Jabatan Landskap MBJB.#tmyicjohorbahru #jbsnjohor #mbjb Disediakan oleh PBSD Johor Bahru
JOHOR BAHRU, 27 Januari 2022 - Program Derma Darah @KBS Negeri Johor anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin. Program dengan kerjasama Unit Perubatan Transfusi Hospital Sultan Ismail dan Persatuan Belia Cergas, Pontian ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang awam dan penduduk setempat menderma darah dan secara tidak langsung membantu meningkatkan keperluan tabung darah di Hospital, khususnya di Negeri Johor. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, YBrs. Encik Shamsuhaime bin Basir dan Timbalan Pengarah Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli. Disediakan oleh JBSN Johor
Batu Pahat, 26 Januari 2022 - Telah diadakan satu lawatan tapak siap kerja gelanggang futsal daerah Batu Pahat di Taman Maju Jaya Rengit. YB Dato’ Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat bersama-sama YBrs Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor hadir dalam sesi lawatan ini bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan fasiliti sukan di kawasan ini. Fasiliti sukan yang dibangunkan Kementerian Belia dan Sukan di bawah seliaan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat merupakan salah satu inisiatif untuk merealisasikan hasrat membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. “MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”#PBSDBP#KBS#JBSN#BATUPAHATDisediakan oleh PBSD Batu Pahat
Batu Pahat, 25 Januari 2022 - Telah diadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Belia Daerah Batu Pahat Bil 1 Tahun 2022 di Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JOYDEC) Batu Pahat. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Nur Amalina binti Holidi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat bagi membincangkan hala tuju pembangunan belia dalam daerah ini. Turut hadir, Encik Faizal Abas, Penyelaras Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JOYDEC) Batu Pahat, barisan penolong pegawai belia dan sukan serta barisan kepimpinan Majlis Belia Daerah Batu Pahat yang diketuai oleh Saudara Shahrezan, Timbalan YDP Majlis Belia Daerah Batu Pahat. Mesyuarat ini membincangkan agenda dan hala tuju pembangunan belia dengan jelas termasuklah perancangan takwim program dan aktiviti pembangunan belia bagi tahun 2022, pemakluman cadangan pembinaan Tunku Mahkota Ismail Youth Center (TMIYC) Batu Pahat dan juga pengukuhan gerakan Southern Volunteers Batu Pahat. Diharapkan agar semua perancangan aktiviti dan program bagi tujuan pembangunan belia daerah Batu Pahat yang dirangka bersama pemegang taruh dalam daerah ini dapat direalisasikan dengan kerjasama yang utuh. “MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”#PBSDBP#KBS#JOYDEC#MBDBPDisediakan oleh PBSD Batu Pahat
19 Januari 2022 , Leypark Bistro, Parit Raja , Batu Pahat. Majlis Jamuan meraikan JOHAN PERTUBUHAN BELIA Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2021 . Kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh AJK & Ahli Gerakan Belia Era Jaya Senggarang diatas kemenangan tersebut.Turut hadir Tuan Shamsuhaime Bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Khairul Adri Bin Rosli, Timbalan Pengarah Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Puan Nur Amalina binti Holidi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat, Tok Penghulu Shaifuddin Sabari , Wakil Pusat Khidmat Parlimen Batu Pahat , YDP & Timbalan YDP Majlis Belia Daerah Batu Pahat serta wakil2 Alumni Belia 4B & Pertubuhan Belia 4B kawasan & Cawangan. Terima atas jemputan Pusat Pembangunan Belia Johor Daerah Batu Pahat - ppbjbp Belia Era Jaya Senggarang Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BATU PAHAT GERAKAN BELIA 4B NEGERI JOHOR Majlis Belia Daerah Batu Pahat#gerakanbelia4berajaya#teruskanbergerak#kitajagakita Disediakan Oleh PBSD Batu Pahat
PONTIAN, 16 Januari 2022 - Bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Pontian berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Pertama Persatuan Bola Sepak Daerah Pontian (FA Pontian) pada jam 8.30 malam. Sebanyak 9 Badan Gabungan hadir bagi menjalankan tanggungjawab mereka. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah, Presiden FA Pontian merangkap Pegawai Daerah Pontian. Turut sama hadir YBrs. Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian yang bertindak sebagai pemantau dan pemerhati perjalanan MAT malam tadi.Tahniah kepada barisan Ahli Jawatankuasa FA Pontian yang dipilih dan dilantik, semoga dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan jayanya.#SukanUntukSemua#KeluargaMalaysia#SukanMenjanaPerpaduan Disediakan Oleh PBSD Pontian
12 Januari 2022, Johor - Misi Gerakan Pascabanjir Rakan Muda “We care” Negeri Johor 2022 oleh Kementerian Belia dan Sukan di Mukim Lenga, Muar bermula 12 hingga 16 Januari 2022.Sukarelawan KBS bersama Southern Volunteers, Majlis Belia Daerah Muar dan belia tempatan seramai 160 orang membantu penduduk yang terjejas banjir dengan aktiviti membersihkan rumah dan kawasan sekitar.#jbsnjohor #TeamJBSN#TeamKBS #rakanmuda #wecare Disediakan Oleh JBSN Johor
Batu Pahat, 12 Januari 2022 - Sesi kunjungan hormat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat ke atas Encik Ezahar bin Abu Sairin, YDP Majlis Perbandaran Batu Pahat yang baharu dan juga Encik Abdul Karim bin Bakar, Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat. Pertemuan dua hala ini merupakan salam perkenalan & ucapan selamat datang ke daerah Batu Pahat. Sesi ini dimulakan dengan pembentangan daripada Puan Nur Amalina binti Holidi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat berkenaan fungsi & peranan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pahat serta gerak kerja pembangunan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Daerah Batu Pahat secara ringkas.Semoga hubungan kerjasama yang sedia ada ini dapat dieratkan lagi menerusi program/ aktiviti pembangunan belia dan sukan di daerah Batu Pahat. #PBSDBP#kbsmalaysia #BatuPahat#kunjunghormat#MPBP Disediakan oleh PBSD Batu Pahat
11 Januari 2022, Johor Bahru. Terima kasih kepada Puan Nor Syazwani (Larkin) yang memberi sumbangan kepada Pusat Pengumpulan Sumbangan Pascabanjir JBSN Johor. #JBSNJohor #TeamJBSN #TeamKBS Disediakan Oleh JBSN Johor