PONTIAN, 7 Mac 2021 - Persatuan Tenis Daerah Pontian yang diketuai oleh En. Aman bin Karyo telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian iaitu YBrs. En. Sidek Md Said kira-kira jam 9.00 pagi tadi.
Dalam pertemuan tersebut, En. Aman bin Karyo telah menerangkan serba sedikit perjalanan Persatuan yang diketuainya dan seterusnya menyerahkan buku Profil Persatuan sebagai rujukan dan rekod Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian.
Tidak lama selepas itu, En. Zul dari Kelab Badminton Warisan 3 Serangkai Pekan Nanas hadir bertemu YBrs. En. Sidek Md Said bagi menyerahkan salinan Sijil Pendaftaran Kelab, Perlembagaan dan Senarai AJK Penaja Kelab untuk disimpan dan direkodkan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian.
Pihak kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan ini dan berharap segala perbincangan, nasihat dan panduan dapat dijalankan dengan sebaiknya oleh pihak Persatuan.
Disediakan oleh PBSD Pontian
- JBS Johor
- Hits: 638
