- JBS Johor
- Hits: 584
KEJOHANAN POOMSAE TAEKWONDO PONTIAN SEMPENA FESTIVAL ORANG MUDA JOHOR (OMJFEST) TAHUN 2021
- JBS Johor
- Hits: 584
Kluang, 30 Oktober 2021 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Johor telah mengadakan aktiviti Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2021 bersempena Program Sesi Libat Urus Lawatan Menteri Besar Johor bersama Kepimpinan Daerah Kluang sempena Belanjawan Johor 2022 bertempat di Ngepot Kabin, Kluang.
Program Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Kebangsaan turut dilaksanakan pada hari yang sama secara serentak di seluruh negara dan disiarkan secara maya melalui persidangan video. Pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya Mr. Badang perkasa, Motor Cantik, Street Soccer (3 On 3), dan Bola Jaring (3 On 3).
Turut hadir Y.A.B. Dato’ Haji Hasni bin Mohamad Menteri Besar Johor, Y.B. Datuk Onn Hafiz bin Ghazi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor, barisan kepimpinan Majlis Belia Negeri Johor dan Majlis Belia Daerah Kluang.
Terima kasih kepada pihak Pengurusan Ngepot Kabin, Kluang kerana sudi bekerjasama dan memberi kebenaran untuk penggunaan tempat sebagai tuan rumah penganjuran program.
Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Sosial JBSN Johor
#ngepotkabin@kluang
PONTIAN, 30 Oktober 2021 - Sukarelawan MyVAC Daerah Pontian secara rasminya telah menamatkan tugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Pontian hari ini. Seramai 17 orang Sukarelawan MyVAC terakhir telah hadir bertugas di PPV Dewan Jubli Intan, Sultan Ibrahim, Pontian bagi membantu pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pontian dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian untuk proses pemberian vaksin kepada 900 orang pelajar sekolah.
Sepanjang berlangsungnya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Daerah Pontian, seramai 124 orang Sukarelawan MyVAC telah bertugas di ketiga-tiga PPV iaitu di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian, Dewan Serbaguna MPPn Benut dan Dewan Jubli Intan Tunku Ismail, Pekan Nanas.
Di hari terakhir ini, telah diadakan sedikit jamuan sebagai tanda penghargaan kepada semua petugas selepas selesai pemberian vaksin dilakukan. Encik Haszuan b. Sapuan selaku penyelaras Sukarelawan MyVAC Pontian melahirkan rasa syukur dan terharu atas komitmen yang diberikan oleh semua Sukarelawan MyVAC. Turut hadir YBhg, Puan Dr. Surinah Binti Asan, Pegawai Kesihatan Daerah Pontian.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Sukarelawan MyVAC atas bantuan dan kerjasama yang diberikan.
Disediakan oleh : Unit Media PBSD Pontian.
Johor Bahru, 27 Oktober 2021 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menerima kunjungan hormat daripada Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Kunjungan hormat ini adalah bertujuan menyatakan kesediaan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim berkaitan kemasukan penonton ke dalam Stadium yang telah diumumkan oleh pihak Malaysia Football League ( MFL).
Selain itu , pihak JDT juga menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bagi menganjurkan acara diperkarangan Stadium Sultan Ibrahim Gelang Patah. Turut hadir bersama adalah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Timbalan Pengarah Bahagian Rakan Muda, Timbalan Pengarah Bahagian Sukan , En. Mohd. Baddruddin (Pengurusan Stadium JDT) dan beberapa orang pegawai.
Disediakan oleh JBSN Johor
Kemaskini Terakhir: 18-10-2026, 01:37:06