- JBS Johor
- Hits: 481
WEBINAR JOM CIPTA KERJA SIRI 20
14 Oktober 2021 (Khamis) melalui platform Zoom. - Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bersama dengan Majlis Belia Malaysia akan menganjurkan sesi Webinar Jom Cipta Kerja Siri 20.
Webinar kali ini menampilkan Encik Muhamad Farouk Hassanain, pengasas Al-Ikhlas Gadget yang mengusahakan perniagaan berasaskan digital alat peranti dan elektronik. Bermula dengan perniagaan aksesori telefon bimbit di sebuah tapak pasar malam, sekarang beliau telah memiliki 7 buah cawangan kedai aksesori dan baikpulih telefon bimbit di sekitar negeri Johor dan sebuah cawangan di Klebang, Melaka.
Ikuti perkongsian beliau yang bertopikkan ‘Usahawan Digital Aksesori dan Baikpulih Telefon Bimbit’. Al-Ikhlas Gadget juga akan menyediakan hadiah istimewa kepada penonton yang setia menyertai webinar ini.
Disunting oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 481
