- JBS Johor
- Hits: 457
PROGRAM KELUARGA MALAYSIA MYFIT@HOME SEMPENA SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2021 (HSN2021) PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT
Batu Pahat, 8 Oktober 2021 - Seramai 132 orang telah menyertai program MyFit@Home yang telah dilaksanakan secara dalam talian pada petang ini menerusi aplikasi Google Meet dan Facebook rasmi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat.
Senamrobik secara dalam talian ini adalah adaptasi daripada pelaksanaan HSN2021 secara hibrid dan norma baharu disamping mematuhi Standard Operating Procedures (SOP) yang telah ditetapkan dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Penyertaan daripada kelab dan persatuan kecergasan seluruh daerah Batu Pahat telah memeriahkan sesi pada petang itu tadi. Kemeriahan tetap dirasai walaupun program dilaksanakan secara dalam talian. Instruktor senamrobik pada petang tadi ialah KBSi Alia, membawa senaman yang penuh bertenaga dan bersemangat sekali.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyertai sesi yang dilaksanakan pada hari ini.
Disediakan oleh PBSD Batu Pahat
- JBS Johor
- Hits: 457
