Parit Raja, 9 Jun 2021 - Seawal jam 7.30 pagi Sukarelawan MYVAC telah sedia mengambil tempat di Pusat Pemberian Vaksin untuk memastikan perjalanan PPV Parit Raja, Batu Pahat lancar dan efisien. Komuniti di Batu Pahat amnya, digalakkan untuk mendaftar pemberian vaksin melalui aplikasi MySejahtera untuk memastikan wabak pandemik COVID19 ini berjaya dibendung. Sukarelawan MYVAC sedia membantu dan memberikan khidmat yang terbaik dalam menjayakan agenda Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK). #PBSDB#MYVAC#TeamKBS#PICK#LindungiDiriLindungiSemua Disediakan oleh PBSD Batu Pahat
- JBS Johor
- Hits: 552
