- JBS Johor
- Hits: 647
LAWATAN PANEL PENILAI KE PERSATUAN BELIA CERGAS PONTIAN SEMPENA ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2021 KATEGORI PERTUBUHAN BELIA
PEKAN NANAS, 20 April 2021 - Persatuan Belia Cergas Pontian telah menerima Lawatan Panel Penilai yang diketuai oleh YBhg. Encik Mohd Salleh bin Ghazali jam 4.30 petang tadi. Turut sama 2 orang Panel Penilai iaitu Puan Siti Rosmawati binti Abdul Rafor dan Encik Mesafizam Mesri.
Sesi Penilaian ini berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Utama, Pekan Nanas. Sesi bermula dengan Persembahan Taekwondo, pengenalan AJK oleh Saudari Sum Pei Jie selaku Pengerusi Persatuan, persembahan video pertubuhan dan berakhir dengan sesi soal jawab diantara Ahli Panel bersama seluruh Ahli Jawatankuasa Persatuan yang dinilai.
Turut memberi sokongan hadir kepada Persatuan ialah Saudari Anisah Binti Wasis, Timbalan YDP Majlis Belia Daerah (MBD) Pontian, Encik Mohd Zamri A. Moin, Pengerusi JPKK Kawasan 8 Mukim Jeram Batu/ Pengkalan Raja dan Encik Lee Soon Chong, Pengerusi Kelab Taekwondo Cergas Pontian.
Persatuan Belia Cergas Pontian merupakan salah satu daripada 6 pertubuhan yang telah disenarai pendek berdasarkan kriteria kelayakan oleh ahli panel dan berjaya ke peringkat seterusnya bagi tujuan sesi lawatan penilaian ke pejabat pertubuhan di Daerah.
Pihak kami mengucapkan syabas dan tahniah atas komitmen dan kesungguhan Persatuan dan mengucapkan terima kasih kepada pihak urusetia Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor Tahun 2021 kerana memberi peluang Persatuan untuk dicalonkan.
Semoga beroleh kejayaan!
Disediakan oleh PBSD Pontian
- JBS Johor
- Hits: 647
