MERSING, 2 September 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing telah menerima 25 helai kemeja T dan 28 medal untuk diserahkan kepada 28 orang peserta Program Fit Malaysia Virtual Run 2020 bagi daerah Mersing yang telah berjaya menamatkan larian 10 km dari 1 hingga 31 Ogos 2020 yang lalu. Selain kemeja T dan medal, peserta juga boleh mencetak sijil dari aplikasi JomRun.
Peserta yang berjaya menamatkan larian boleh menuntut kemeja T dan medal di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing dengan membawa bersama-sama e-ticket dari aplikasi JomRun atau e-mel dari 1 hingga 30 September 2020 dari hari Ahad hingga Khamis kecuali cuti umum bermula bermula jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian.
Disediakan oleh PBSD Mersing
- JBS Johor
- Hits: 665
