Johor Bahru,29 Oktober 2020 - Majlis jasamu dikenang yang telah dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Johor Bahru di Taman Setia Tropika bertujuan bagi mengenang jasa ahli-ahli jawatankuasa yang telah menyumbang bakti sepanjang penggal 2018-2020 serta meraikan ahli-ahli jawatankuasa yang baru penggal 2020-2022. Majlis ini dihadiri oleh barisan kepimpinan Majlis Belia Daerah Johor Bahru dan dirasmikan selaku wakil Pegawai Daerah Johor Bahru, iaitu Encik Mohd Nurul Faiz Bin Aman, Penghulu Mukim Plentong dan turut dihadiri oleh Cik Belinda Michelle Benedict , Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru. Selamat maju jaya dalam menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada pimpinan-pimpinan baharu Majlis Belia Daerah Johor Bahru. #DekadiniDekadAnda#MajlisBeliaDaerahJohorBahru Disediakan oleh PBSD Johor Bahru
- JBS Johor
- Hits: 836
