JOHOR BAHRU, 20 September 2020 - Telah berlangsung Program Klinik Asas Keselamatan Perkhemahan Peringkat Negeri Johor 2020 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor pada 19 dan 20 September 2020. Seramai 20 orang peserta dari beberapa daerah di Negeri Johor telah menghadiri kursus ini. Klinik ini dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Kelab Sukan Ekstrem ISREC Adventure. Program ini telah dilaksanakan selama 2 hari 1 malam dan para peserta diberi pendedahan mengenai keselamatan dan perkhemahan serta pengalaman menginap di dalam khemah.
Program ini telah dirasmikan oleh Puan Normala binti Daman, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir bersama En Rais bin Ishak, Naib Pengerusi Kelab Sukan Ekstrem ISREC Adventure.
Disediakan Oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 685
