- JBS Johor
- Hits: 799
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) CAWANGAN PONTIAN SESI TAHUN 2020 – 2022
PONTIAN, 12 September 2020 - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Pontian telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) di T.A.C Pontian pada jam 8.45 malam tadi.
Pada mesyuarat itu, Saudari Shaliza Ernizan bt. Husin telah dipilih sebagai Yang Di Pertua (YDP) GPMS Cawangan Pontian bagi Sesi Tahun 2020 - 2022. Pemilihan tersebut juga disaksikan oleh Saudara Asri Abu Zarin, selaku Setiausaha Agung GPMS Kebangsaan yang telah hadir bagi memberi sokongan kepada kepimpinan GPMS Cawangan Pontian yang baharu.
Tidak ketinggalan untuk hadir memberi sokongan juga iaitu Saudara Mohd Iskandar Selamat, Yang Dipertua Majlis Belia Daerah (MBD) Pontian, Saudara Mohd Afiq Farhan, Ketua Penerangan GPMS Negeri Johor dan YBrs. En. Mohamed Azrul Syam bin Mohamed Yusof, wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.
Mesyuarat berakhir kira-kira jam 10.45 malam.
Disediakan oleh PBSD Pontian
- JBS Johor
- Hits: 799
