PONTIAN, 19 Ogos 2020 - Menerima kunjungan wakil Persatuan Mahasiswa Anak Pontian yang terdiri daripada Saudara Muhammad Zairie Daniel Bin Mad Zainizen, Saudara Muhammad Syafiq Bin Roslan dan Saudari Iszanazura Binti Jumaat.
Tujuannya bagi mendapatkan nasihat dan pandangan pelaksanaan program yang bakal dilaksanakan oleh pihak Persatuan iaitu dengan tema "Sayangi Pontian". Ianya dirancang akan dilaksanakan pada 5 September 2020 di Tambak Pontian.
Wakil Persatuan tersebut telah berjumpa dengan En. Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian. Harapan En. Sidek agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kluang, 19 Ogos 2020 - Telah diadakan satu lawatan tapak dari Unit Audit Dalam KBS ke Kompleks Mini Stadium Kluang untuk meninjau kerja-kerja yang telah dilaksanakan selepas daripada teguran audit tempoh hari.
Turut hadir pada lawatan tapak ini, Puan Hidayah binti A.Aziz dari Bahagian Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Puan Azura binti Shawal Penolong. Jurutera Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan pihak konsultan untuk projek ini.
JOHOR BAHRU, 16 OGOS 2020 – Iskandar Investment Berhad telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kementerian Belia danSukan yang diketuai oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan.Delegasi tersebu tturut disertai YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Encik Ahmad Faedzal bin Md Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Encik Mohd Azhari bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Sesi lawatan tersebut telah dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Khairil Anwar Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad dan Encik Wan Ahmad Saifuddin bin Wan Ahmad Radzi, Pengarah Urusan Educity Iskandar Malaysia Sdn. Bhd. yang telah memberi penerangan terperinci berkaitan pembangunan prasarana sukan dan inisiatif kecemerlangan sukan dan belia dimana Iskandar Investment Berhad dalam usaha menjadikan Iskandar Malaysia sebagai destinasi sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sepanjang tempoh lawatan tersebut, YB Menteri Belia dan Sukan dibawa melawat ke Studio Iskandar Malaysia dan sekitar Kompleks Sukan Educity yang merangkumi stadium, arena akuatik dan indoor stadium.
JOHOR BAHRU, 15 Ogos 2020 - Majlis penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2020 telah diadakan di Exhibition Hall 101 Persada Johor Bahru, Johor.
Majlis yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Jufitri bin Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia, Haji Md Salleheen bin Mohamad, Presiden Majlis Belia Negeri Johor dan Encik Mohd Syahbuddin bin Hashim, Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia.
Persatuan Belia Sekawan telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Pertubuhan Belia, manakala Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Era Jaya Senggarang dinobatkan sebagai Naib Johan.
Bagi Kategori Individu Lelaki Encik Mohd Firdaus bin Zainal Abidin dinobatkan sebagai Johan, manakala Muhammad Mustaqim bin Hassan dinobatkan sebagai Naib Johan.
Bagi Kategori Individu Wanita pula, Cik Norhidayu binti Md Toha telah dinobatkan sebagai Johan, manakala Suria binti Sipon dinobatkan sebagai Naib Johan.
Majlis penganugerahan ini dianjurkan bertujuan mengiktiraf sumbangan individu dan pertubuhan belia dalam pembangunan belia di Negeri Johor.
Dalam majlis tersebut turut diadakan Anugerah Jasa Bakti Majlis Belia Negeri Johor kepada mantan-mantan jawatankuasa Majlis Belia Negeri Johor yang telah menabur jasa dan bakti kepada belia-belia Negeri Johor khususnya.
Jabatan ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua calon dan penerima Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2020.
JOHOR BAHRU, 15 Ogos - Sambutan Hari Belia Negara 2020 untuk kali ke 52 telah berlangsung dengan jayanya mengikut SOP dan norma baharu dan telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia di Persada Johor International Convention Centre. . Dekad Ini Dekad Anda telah dipilih sebagai tema Hari Belia Negara 2020 kerana bersesuaian dengan peranan dan tanggungjawab belia bagi mencorak negara sehaluan dengan visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Dalam pada itu melalui program Youth Fair yang telah dianjurkan, KBS Berjaya mengumpul RM124, 071.00 hasil dari sumbangan belia untuk tabung Covid-19. . Turut hadir adalah YAB Datuk IR. Haji Hasni bin Haji Mohammad Menteri Besar Johor, YB Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk Seri IR. Dr. Wee Ka Siong Menteri Pengangkutan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, YBrs Datuk M. Noor Azman bin Taib Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan dan YBrs. En. Jufitri bin Joha Presiden Majlis Belia Malaysia. . #TeamKBS #HariBeliaNegara2020 #DekadIniDekadAnda
JOHOR BAHRU, 15 Ogos - Program Kayuhan Belia Johor sempena Hari Belia Negara 2020 Peringkat Kebangsaan telah diadakan di sekitar bandaraya Johor Bahru. Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor.
Seramailebih 100 peserta mengambil bahagian yang mana jarak kayuhan adalah sejauh lebih kurang 30km.
MERSING, 9 Ogos 2020- Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, YBhg. Encik Shamsuhaime bin Basir telah membuat pemeriksaan mengejut di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing bagi memantau pengurusan dan pengoperasian pejabat. Memandangkan pejabat masih di dalam penyelenggaraan dan pembaikan, beliau meminta agar semua kakitangan dapat menjaga kebersihan dan kekemasan pejabat supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan teratur. Beliau juga meminta segala aset dan peralatan disimpan di tempat yang selamat.
Selain daripada itu, beliau turut mengingatkan semua kakitangan PBSD supaya menjaga silaturahim dengan agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan di daerah Mersing.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing mengucapkan terima kasih atas khidmat nasihat yang telah diberikan. Segala teguran akan diambil tindakan segera dan penambahbaikan akan dilakukan bagi meningkatkan kualiti kerja setiap kakitangan.
Batu Pahat, 29 Julai 2020 - Majlis Belia Daerah Batu Pahat telah mengadakan satu sesi kunjung hormat kepada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat.
Sesi perkenalan bersama kepimpinan tertinggi Majlis Belia Daerah Batu Pahat diketuai Encik Mesafizam bin Mesri, Pengerusi Majlis Belia Daerah Batu Pahat yang disertai seramai 8 orang itu diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara pemegang taruh belia dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat.
Pelbagai perkongsian dan maklumat dapat disampaikan dalam sesi ini untuk hebahan dan juga makluman kepada persatuan belia di daerah Batu Pahat.
Batu Pahat, 29 Julai 2020 - Telah berlangsung satu Mesyuarat Penyelarasan Usul-Usul Pembangunan Belia Daerah Batu Pahat Tahun 2020 yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Zulkiflee bin Haji Abbas, Pegawai Daerah Batu Pahat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Batu Pahat. Mesyuarat ini bertujuan untuk mengangkat usul berkaitan pembangunan belia ke Majlis Perundingan Belia Negeri Johor Sidang II Tahun 2019-2020.
Terdapat 4 usul yang dibentangkan oleh Majlis Belia Daerah Batu Pahat yang membawa suara belia peringkat akar umbi untuk dibahaskan.
Mesyuarat turut dihadiri wakil agensi dan jabatan berkaitan seperti Pejabat Tanah Daerah, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Majlis Daerah Yong Peng dan Jabatan Pertanian Daerah.
Barisan kepimpinan Majlis Belia Daerah Batu Pahat turut menghadiri mesyuarat tersebut dan menyampaikan aspirasi belia akar umbi daerah Batu Pahat.
Terima kasih diucapkan kepada semua agensi dan jabatan yang terlibat dalam memberikan maklumbalas kepada usul-usul yang dibentangkan.