JOHOR BAHRU, 21 JULAI 2020 - Hari kedua lawatan kerja YB Senator Tuan Wan Ahmad Fahysal Bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan ke Negeri Johor Darul Takzim. Lawatan kerja hari kedua ini dimulai dengan lawatan ke Pusat latihan JDT di Padang Seri Gelam (PSG) diikuti dengan lawatan ke venue Bola Keranjang, Arena Larkin dan venue Gelanggang Tenis, Taman Nusa Duta. Seterusnya YB Timbalan Menteri bergerak ke Pusat Sekretariat SUKMA Johor di Medini, Iskandar Puteri untuk lawatan dan taklimat persiapanTemasya SUKMA Johor 2020 yang dijadualkan dari 6 hingga 14 Mac 2021 dan Temasya Para SUKMA dari 4 hingga 10 April 2021.
Pada sebelah petangnya YB Timbalan Menteri bergerak ke Dataran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan ke veneu acara berbasikal trek di Velodrom Medini, Iskandar Puteri. Seterusnya YB Timbalan Menteri dan rombongan bergerak ke Arena Emas di Taman Impian Emas bagi meninjau persiapan terkini veneu bagi acara skuasy, petangue, lawnball dan memanah. Lawatan selama 2 hari ini diakhiri dengan sesi sidang akhbar sebelum YB Timbalan Menteri bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor untuk penerbangan pulang.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Sekretariat SUKMA Johor, Team JBS Johor, PDRM dan Agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri Johor yang membantu menjayakan lawatan rasmi YB Timbalan Menteri pada kali ini.
#teamJBSJohor
#luaskankuasamu
Disediakan oleh JBS Johor
JOHOR BAHRU, 20 Julai 2020 - Sesi Ramah Mesra YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Tuan Wan Ahmad Fayhsal bersama kepimpinan Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) serta Badan Gabungan MBNJ telah diadakan bertempat di R&R Bistro, Bandar Baru Uda.
Beliau turut berkongsi isu semasa berkaitan pembangunan belia di Malaysia. Dalam pada sesi yang sama, beliau juga menyampaikan cek bantuan pentadbiran kepada Majlis Belia Daerah-daerah yang telah diperuntukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Majlis Belia Malaysia dan MBNJ.
Turut hadir Tuan Haji Md Salleheen Mohamad, Presiden MBNJ dan Encik Shamsuhaine Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Disediakan oleh Majlis Belia Negeri Johor
Disunting Oleh JBS Johor
20 Julai 2020, Johor Bahru - Hari pertama lawatan kerja YB Senator Tuan Wan Ahmad Fahysal Bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan ke Negeri Johor Darul Takzim. Lawatan kerja ini dimulai dengan Sesi Beramah Mesra Bersama Team Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019.
Seterusnya YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan bersama YB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor telah mendapat perkenan untuk mengadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di Ibu Pejabat JDT.
Pada lewat petangnya, YB Timbalan Menteri telah meluangkan masa berdiskusi secara santai bersama Majlis Belia Negeri Johor dan Badan-badan Gabungannya di R&R Bistro, Johor Bahru.
Disediakan oleh JBS Johor
KOTA TINGGI, 19 Julai - Program Santai Belia sempena Lawatan Rasmi YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor ke Daerah Kota Tinggi telah diadakan di Wisma Belia Kota Tinggi.
YB Datuk Onn Hafiz juga sempat melawat sekitar Wisma Belia tersebut bagi melihat keadaan infrasruktur yang boleh ditambah baik. Selain itu juga belia turut menyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada persatuan-persatuan gabungan dalam daerah Kota Tinggi.
Turut hadir sama Tuan Haji Farizal, Pegawai Daerah Kota Tinggi; Tuan Haji Sidek Paimon, Ketua Pegawai Eksekutif IKLAS Johor dan Sdr. Nurhafizuddin Suraddi, Setiausaha Kehormat MBNJ.
Disediakan oleh MBN Johor
Disunting oleh JBS Johor
SEGAMAT, 18 Julai 2020 - Majlis Belia Daerah Segamat mengadakan Mesyuarat Agung Dwitahunan Kali Ke-6 bertempat di Hub Belia, Segamat. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Md. Salleheen Haji Mohamad, Presiden Majlis Belia Negeri Johor .
Beliau juga memberi ucapan penghargaan kepada Majlis Belia Daerah Segamat kerana berjaya melaksanakan mesyuarat Agung Dwi Tahunan serta sentiasa bekerjasama dalam gerak kerja Majlis Belia Negeri Johor demi kebaikan pembangunan belia khususnya di Daerah Segamat.
Disediakan oleh MBN Johor
Disunting oleh JBS Johor
KOTA TINGGI, 17 Julai 2020 - Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) menyantuni Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) , Universiti Kebangsaan Malaysia dalam slot Bicara Santai Anak Muda sempena Program Sentuhan Kasih Anak Muda Kota Tinggi DUN Panti di Kg Temenin Baru.
Bicara santai tersebut telah menampilkan panelis Sdr. Manndzri Hj. Nasib, mantan Presiden MBNJ dan Sdr. Mohd Aminullah A. Wahab, EXCO MBNJ. Peserta disajikan dengan perkongsian pengalaman daripada panelis serta bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain.
Program ini juga dijayakan bersama dengan pimpinan Majlis Belia Daerah Kota Tinggi.
Disediakan oleh MBN Johor
Disunting oleh JBS Johor
Sungai Tiram, Johor Bahru, 17 Julai 2020 - Satu sesi mesyuarat penuh Majlis Belia Daerah Johor Bahru telah diadakan semalam bertempat di Tiram Indah Village, Sungai Tiram, Johor Bahru, Johor .Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Sdr Sidek Roslan, Pengerusi Majlis Belia Daerah Johor Bahru serta dihadiri semua ahli jawatankuasa MBDJB sesi 2018 - 2020.
Mesyuarat turut meluluskan beberapa badan gabungan baru yang akan memperkukuhkan lagi Majlis Belia Daerah Johor Bahru.
#beliajohorbahru
Disediakan oleh PBSD Johor Bahru
TANGKAK, 16 JULAI 2020 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor menerima kunjungan pegawai-pegawai dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Pembangunan Pesekutuan (ICU) Negeri Johor, Kementerian Kerja Raya, JKR Daerah Tangkak, wakil Bahagian Pembangunan, KBS, dan wakil Jabatan Belia dan Sukan Negara telah ke sesi lawatan verifikasi ke TRT atau lebih dikenali sebagai Tangkak Racing Track.
Pelbagai isu dan penambahbaikan TRT telah dibincangkan bagi memastikan kemudahan sukan permotoran yang disediakan berkualiti serta memberi kepuasan kepada pengunjung yang menggunakan fasiliti tersebut.
Disediakan oleh Bahagian Sukan JBS Johor
Batu Pahat, 15 Julai 2020 - Lawatan ke kilang pembuatan Eng’s Popcorn yang diusahakan oleh anak muda kelahiran Batu Pahat di Kampung Muhibah, Peserai, Batu Pahat.
Syazarul atau lebih mesra dengan panggilan Zarul, telah menjalankan perniagaan sejak tahun 2017. Beliau semakin berkembang maju dalam perniagaan dan mampu membangunkan ekonomi serta menjadi usahawan sosial demi membantu anak muda di kampung beliau.Kini perniagaan beliau mempunyai 30 orang pekerja yang rata-ratanya berumur 20 hingga 25 tahun. Pendapatan hasil perniagaan beliau pada tahun 2019 telah mencecah RM2.9 juta.
Bidang keusahawanan ini amatlah digalakkan untuk diwar-warkan kepada golongan belia demi mendepani cabaran pasca COVID19 dan era revolusi industri 4.0.
#pbsdbp
#TeamKBS
Disediakan oleh PBSD Batu Pahat