- JBS Johor
- Hits: 711
PENYERAHAN SIJIL PROGRAM PERTANDINGAN KHAT@RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2020
MERSING, 3 September 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing berbesar hati menyampaikan sijil penyertaan program Pertandingan Khat@Rakan Muda Peringkat Negeri Johor 2020 yang telah berlangsung dengan jayanya dari 3 hingga 9 Ogos 2020 secara dalam talian kepada wakil Pengetua, Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing, Encik Sufian bin Abu Hasan, Pengerusi, Kelab Belia Sepakat Bandar (BSB), saudari Nor Azilahazah binti Ramlee dan Setiausaha, Youth Power Club Mersing, saudara Abdul Adam bin Mohd Saman.
Program ini merupakan salah satu inisiatif baharu oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memanfaatkan masa anak muda melalui pengisian aktiviti yang berfaedah khususnya ketika PKP yang sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan Malaysia.
Seramai 45 orang peserta dari seluruh negeri Johor dengan penglibatan seramai 4 orang dari daerah Mersing telah menyertai program ini iaitu saudara Muhammad Nursyahmi bin Mohd Hamdi, saudari Nur Farah Wahida binti Abd. Manan, saudari Nurul Hamizah binti Hood dan saudari Siti Nur Najwa binti Mohd Yusoff. Sungguhpun kita semakin melangkah maju ke hadapan namun seni tamadun Islam masih mendapat tempat dalam kalangan belia.
Diharapkan belia di luar sana yang mempunyai bakat dalam bidang seni seperti ini akan terus berkarya dan mengembangkan lagi hasil-hasil seni mereka agar seni tamadun Islam ini tidak lapuk ditelan zaman.
Disediakan oleh PBSD Mersing
- JBS Johor
- Hits: 711
