MUAR, 14 Oktober 2020 - Satu Sesi pertemuan dan kunjung hormat Encik Rusdy Bin Sarif, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Muar Bersama YB Dato' Haji Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad, Pegawai Daerah Muar telah diadakan pada hari ini bertempat di Pejabat Daerah Muar
Tujuan sesi ini diadakan adalah bagi memperkenalkan Pegawai Belia Dan Sukan yang baru kepada Pegawai Daerah Muar dan membincangkan hala tuju, agenda dan program Pejabat Belia Dan Sukan di Daerah Muar
Semoga dengan pertemuan ini, dapat mengeratkan lagi hubungan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Muar dengan Pejabat Daerah Muar serta jabatan dan agensi yang berada di Daerah Muar
PONTIAN, 11 Oktober 2020 : Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Tindakan Membanteras Dadah Pontian telah menganjurkan Program Community Empowerment "Belia Pemangkin Masa Depan" yang bertempat di Dewan Serbaguna Benut, Pontian. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Datuk Ir. Hj. Hasni Bin Hj. Mohammad, Menteri Besar Johor.
Antara aktiviti yang yang dijalankan adalah pameran daripada agensi- agensi kerajaan dan swasta serta forum bertajuk " Menangani Masalah Penyalahgunaan Dadah, Substans dan Pelencongan Social" yang menampilkan panel-panel seperti YBhg. Tuan Azli Bin Ubin, Pengarah AADK Negeri Johor, YDH. Dato' Zamrud Bin Misdi, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Daerah Pontian dan YBhg. Tuan Dr. Norizad Bin Mohamed Salleh, Pegawai Kesihatan Daerah Pontian.
Turut hadir sama ke program tersebut ialah YBhg. Tuan Haji Zulkifli Bin Haji Mohd Tahir, Pegawai Daerah Pontian, En. Sidek bin Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian serta Ketua-Ketua Jabatan Daerah Pontian.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran artis ternama, Saudara Ameng Spring yang turut sama berkongsi cerita dan pengalaman berkenaan bahayanya penyalahgunaan dadah.
BENUT, 10 Oktober 2020 - Bertempat di Rumah Citra Sri Pinang telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Dwitahunan (Pemilihan) MBD Pontian 2020 pada jam 3.00 petang.Perasmian Mesyuarat ini dilaksanakan oleh YBrs. Tn. Hj. Abdul Rahim b. Pidek, Pegawai Khas Ahli Parlimen Pontian selaku wakil rasmi YB. Datuk Seri Hj. Ahmad bin Hj. Maslan, Ahli Parlimen Pontian. Turut sama hadir YBhg. En. Sidek b. Md. Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian, Saudara Mohd Rasidi Ismail, wakil rasmi Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) dan Saudara Mohd Iskandar bin Selamat, YDP MBD Pontian Sesi 2018 - 2020.
Dalam pemilihan yang diselaraskan oleh Majlis Belia Daerah Johor Bahru itu, Saudara Mohd Iskandar bin Selamat telah mengekalkan jawatannya sebagai YDP MBD Sesi 2020 - 2022 setelah menang ke atas dua (2) orang pencabarnya manakala jawatan - jawatan lain pula menampakkan muka - muka baru dari pelbagai badan gabungan Majlis Belia Daerah Pontian.
Tahniah kepada saf kepimpinan baharu Majlis Belia Daerah Pontian Sesi 2020 - 2022 dan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada saf kepimpinan MBD Pontian Sesi 2018 - 2020.
Semoga dapat memberi nafas baharu kepada pembangunan belia daerah Pontian kelak.
7 OKTOBER 2020, KOTA ISKANDAR, JOHOR BAHRU,- Yang Amat Berhormat Datuk Haji Hasni bin Haji Mohammad Menteri Besar, Johor menerima kunjungan hormat pemegang taruh belia Johor di Pejabat Menteri Besar Johor, Kota Iskandar, Nusajaya.
Pertemuan ini turut disertai oleh YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor; Encik Khairul Adri bin Rosli, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor; Tuan Haji Md Salleheen Mohamad, Presiden Majlis Belia Negeri Johor dan Encik Nik Mohd Azuanbin ahmad Rostam, Sekretariat Majlis Perundingan Belia Negeri Johor. Pelbagai perkara telah dibangkitkan dalam pertemuan ini bagi memperkasakan lagi pembangunan belia dan sukan di Negeri Johor.
MERSING, 4 Oktober 2020 – Majlis Daerah Mersing dengan kerjasama Tourisme Malaysia telah mengadakan Program Tourisme Malaysia Surfcasting Tour 2020 pada 3 Oktober 2020 (Sabtu) di Persisir Pantai Dataran Kembara, Mersing bermula seawal 7.00 pagi dan dikendalikan oleh Wak Jali Event Management.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing telah dipertanggungjawabkan membuat pendaftaran dan saringan kesihatan untuk petugas dan peserta pertandingan dengan tambahan tiga (3) orang sukarelawan daripada Kelab Belia Sepakat Bandar (BSB) Mersing.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah pertandingan ini telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Asman Shah bin Abd Rahman, Pegawai Daerah Mersing dan turut dihadiri Dato’ Dr Ammar Abd Ghapar, Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourisme Malaysia.
Pihak penganjur, urus setia dan peserta yang mengikuti program ini wajib mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah ditetapkan bagi menangani penularan wabak Covid-19.
PONTIAN, 4 Oktober 2020 - Majlis Penyerahan Sijil Badan Operasi (BO) ARPRM telah diadakan di Kolej Komuniti Tanjung Piai pada jam 11.00 pagi tadi.
Sijil telah disampaikan oleh En. Abd Isa bin Rasah, wakil rasmi Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian dan Kolej Komuniti Tanjung Piai selaku Badan Operasi (BO) terbaru.
Majlis penyerahan ini turut disaksikan oleh Y.Bhg Tuan Haji Zulkifly bin Haji Mohd Tahir, Pegawai Daerah Pontian dan En Sidek bin Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.
Johor Bahru,- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah melaksanakan klasifikasi awal atlet Para Johor yang akan menghadapai Temasya Para SUKMA XX Johor 2020 pada 8 - 13 Mac 2021. Klasifikasi tersebut diadakan bermula 20 sehingga 30 September 2020 merangkumi 10 acara.
Tempat pelaksanaan klasifikasi adalah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Educity Sport Complex, Lite Superbowls JB, Gim Muafakat Pagoh, Dewan Sekolah Cerebral Palsy dan Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Klasifikasi diadakan adalah untuk mengenalpasti jenis kecacatan atlet dan kategori yang akan disertai oleh atlet tersebut.. Klasifikasi ini ketuai oleh Classifier yang ditauliahkan oleh Majlis Sukan Negara.
JOHOR BAHRU, 29 September 2020 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menganjurkan Kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Siri 2 Peringkat Negeri Johor Tahun 2020 bertempat di Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS), Johor Bahru pada 29 September 2020 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing telah menghantar dua (2) orang peserta dari Kelab Belia Sepakat Bandar (BSB) bagi menyertai kursus ini iaitu Nor Azilahazah binti Ramlee dan Nursyahiera binti Yazid.
Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk memberi penerangan serta input terkini mengenai tugas serta peranan yang harus dimainkan oleh semua Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Pegawai Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pemimpin Badan Operasi serta Sukarelawan Anugerah dalam pelaksanaan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Penerangan dan penyampaian kursus telah disampaikan oleh Puan Anfatny a/k Rutel @ Nur Ain Khadijah Rutel Abdullah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Program ini telah disempurnakan oleh Puan Wardah binti Hussin, Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Puan Nor Hashiqin binti M. Ali, Penolong Pengarah, Unit Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), Bahagian Pembangunan Rakan Muda turut hadir mewakili Kementerian Belia dan Sukan Malaysia manakala Encik Muhd Najhan bin Abdul Rahim, Ketua Unit Korporat dan Strategik IKLAS mewakili Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS).
JOHOR BAHRU, 28 September 2020 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menganjurkan Kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Siri 1 Peringkat Negeri Johor Tahun 2020 bertempat di Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS), Johor Bahru pada 28 September 2020 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing telah menghantar seorang pegawai bagi menyertai kursus ini. Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk memberi penerangan serta input terkini mengenai tugas serta peranan yang harus dimainkan oleh semua Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Pegawai Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pemimpin Badan Operasi serta Sukarelawan Anugerah dalam pelaksanaan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Penerangan dan penyampaian kursus telah disampaikan oleh Puan Anfatny a/k Rutel @ Nur Ain Khadijah Rutel Abdullah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Puan Nor Hashiqin binti M. Ali, Penolong Pengarah, Unit Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), Bahagian Pembangunan Rakan Muda, turut hadir mewakili Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.