Kluang, 24 November 2020 - Telah diadakan satu Lawatan Pemeriksaan Siap di Gelanggang Bola Keranjang Taman Murni, Kluang. Lawatan ini dihadiri oleh En. Shamsuhaime Bin Basir (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor), Puan Normala Binti Daman (Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor) dan Puan Azura binti Shawal (Penolong Jurutera Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor). Turut hadir ialah Cik Izyana Najihah Ismail (Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kluang) dan pihak kontraktor yang telah dilantik. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memeriksa kerja akhir baik pulih gelanggang tersebut yang telah dilaksanakan oleh pihak kontraktor.
Segamat, 21 November - Telah berlangsungnya Majlis PentauliahanAnugerahRemaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak dan Gangsa Peringkat Negeri Johor bagidaerahSegamat.
Majlis Pentauliahan ARPRM bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat yang dihadiri oleh 41 orang peserta yang terdiridaripada 14 orang pesertatahap Perak dan 27 orang pesertatahapgangsa.
Majlis Pentauliahan penyerahan sijil dan plak kepada para peserta dilaksanakan secara berskala kecil dan dibahagikan kepada 4 sesi pentauliahan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik MaizatulAsrul bin MohdYunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat dan turut dihadiri wakil daripihakJabatan Belia dan Sukan iaitu Encik Abd Isa bin Abd Rasah serta Encik Abdul Razak bin Atan.
FELDA REDONG, 13 November - Berdepan dengan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Program Rakan Muda Nature Hike Peringkat Negeri Johor telah berjaya dilaksanakan dengan perubahan besar selaras tuntutan dan kelulusan yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Program rekreasi luar ini mengambil tempat di Bukit Botak, Felda Redong 01, Segamat dan melibatkan 10 orang peserta termasuk urusetia dibahagikan kepada dua kumpulan melalui dua trek berbeza dan masa berbeza. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dan Persatuan Beliau G2 Felda Pemanis dengan kerjasama Persatuan Belia MBFM Felda Redong 01 dan Pertubuhan Belia Generasi Baru Paya Pulai. Pemantauan program dibuat oleh dua orang Pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Segamat. Program telah dirasmikan oleh Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat. Pengurus Projek, Suria Sipon, 24 tahun dalam ucapannya menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama membantu menjayakan program."Walaupun bilangan peserta terpaksa dikurangkan dan banyak slot aktiviti terpaksa ditiadakan, program masih boleh berjalan dengan baik dan semua peserta memberikan respon yang menggalakkan," tambah beliau lagi. Disediakan oleh PBSD Segamat
Ayer Keroh, 6 Nov: “Selamat datang ke JBS Melaka dan harap tuan2 dapat membantu memastikan pemeriksaan aset 2020 ini berjalan lancar dan berjaya”, itulah ungkapan pertama Tuan Noorman Ramlan; Pengarah JBS Melaka semasa lawatan hormat Pegawai2 Pemeriksa Aset oleh En Sidek Md Said dan En Mohd Saiful Mohd Zuki yg mewakili JBSN Johor.Pemeriksaan Aset selama enam hari bermula 2-6 Nov berjalan lancar dan pelbagai pengalaman menarik dan mencabar yg ditemui sepanjang tempoh singkat tersebut. Hanya beberapa masalah kecil yg didapati seperti tiada bar code, penempatan aset yg berlainan, aset yg belum sempat direkodkan, dan berbagai lagi, tetapi secara keseluruhannya semua aset dapat dikenalpasti dan dalam keadaan baik, rosak, perlukan pembaikan dan sebagainya.Kerjasama di kalangan warga KBS/JBS Negeri amat baik, mesra, sedia bekerjasama, saling membantu sepanjang masa pemeriksaan aset dilakukan. Amalan baik dan mulia ini sewajarnya dikekalkan pada setiap masa.Kepada Tuan Pengarah, Pengurus2 KOMBES, KRM, KSK, dan semua PBSD dan kakitangan, kami ucapkan terima kasih dan syabas atas kerjasama baik yg diberikan. “Terima kasih tuan2 yg telah menjalankan tanggungjawab dlm pemeriksaan aset ini dan semoga laporan kelemahan, kekurangan, ataupun kebaikan yg didapati, akan dapat meningkatkan lagi pengurusan aset JBS Melaka pada masa depan.” Itulah harapan yg dizahirkan oleh Tuan Pengarah semasa lawatan selamat tinggal dan penyerahan semula dokumen2 aset oleh Pemeriksa2 Aset. “Gunung Daik di tengah lautan,Layar sudah kami kibarkan;Budi baik tuan dan puan,Takkan mudah kami lupakan.” Disediakan oleh PBSD Pontian
Kota Tinggi, 8 November 2020 - Persatuan Belia (MBFM) Felda Sungai Sibol telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (Pemilihan) Sesi 2020-2022 pada 7 November 2020 bertempat di Dewan Terbuka Felda Sungai Sibol. Turut hadir bersama, Tuan Muhammad Fadzli bin Hassan, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Encik Mohammad Fadhil bin Jamal, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi dan saudara Mohammad Fadzly bin Jewarin, Timbalan Pengerusi MBFM Wilayah Johor Bahru. Pemilihan ahli jawatankuasa baharu telah dibuat pada Mesyuarat Agung kali ini. Turut dibentangkan dalam mesyuarat ini adalah berkaitan dengan perancangan program dan aktiviti yang akan dilaksanakan untuk tahun 2020-2022. Seramai lebih kurang 60 orang ahli jawatankuasa, belia felda dan penduduk setempat telah hadir ke mesyuarat ini. Tahniah kepada kepimpinan baharu Persatuan Belia (MBFM) Felda Sungai Sibol Sesi 2020-2022. Semoga dapat memberi nafas baharu kepada pembangunan belia di Felda Sungai Sibol.Disediakan oleh PBSD Kota Tinggi
Pekan Nanas, 7 November 2020 : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian dengan kerjasama Persatuan Belia Cergas Pontian dan Kelab Rukun Tetangga (KRT) Taman Utama telah menganjurkan Program Rakan Muda Day Out Daerah Pontian di Dewan Raya Taman Utama, Pekan Nanas Pontian.Program ini merupakan program yang di ilhamkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan merupakan program yang dijalankan di seluruh Malaysia. Rakan Muda Day Out ini merupakan program yang berkonsepkan kesukarelawanan. Antara aktiviti yang dilakukan adalah, gotong-royong membersihkan sekitar dewan, mengecat pagar pintu masuk dewan, serta program menanam pokok.Program ini disertai seramai lebih kurang 40 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan belia cergas pontian, kelab taekwando cergas pontian, ahli jawatankuasa KRT Taman Utama serta beberapa orang sukarelawan daripada Kelab Rakan Muda Pontian. Walaupun dalam suanana hujan, namun tidak memjadi penghalang kepada para peserta melakukan aktiviti yang disediakan.Turut hadir ke Program ini adalah En. Tan Eng Man, wakil rasmi Dato' Sri Dr Wee Jeck Seng, Ahli Parlimen Tanjung Piai, En. Sidek bin Md Said, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Pontian, Tn. Haji Baba bin Arba, Pengerusi KRT Taman Utama dan En. Lee Soon Chong, Penasihat Persatuan Belia Cergas Pontian. Program tamat pada jam 12.30 tengahari.Disediakan oleh PBSD Pontian
Johor Bahru,6 November 2020- Telah berlangsung perlawanan persahabatan bola sepak di antara pasukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Pejabat Daerah Johor Bahru di Stadium Educity, Gelang Patah. Pasukan Pejabat Daerah Johor Bahru telah memenangi perlawanan dengan mendahului 3-2 dan berjaya membawa pulang Piala Pusingan.2 gol yang dihasilkan oleh JBSNJ adalah dijaringkan oleh satu sepakan percuma yang disempurnakan oleh Mohd Azmil bin Jamiron manakala gol kedua pula di jaringkan oleh Mohd Afzreza bin Mohd Shahril melalui satu gerakan cantik dari tepi padang. Perlawanan diakhiri dengan penyerahan piala pusingan kepada ketua pasukan Pejabat Daerah Johor Bahru iaitu Encik Farhan Noor Ishak. Syabas dan tahniah kepada semua pemain. Disediakan oleh JBSN Johor
Kota Tinggi, 4 November 2020 - Mesyuarat Pra-Pembinaan Menaiktaraf Kompleks Sukan Komuniti Lok Heng Timur bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JKR (D) Kota Tinggi.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Normansah Bin Bokhari, Jurutera Daerah Kota Tinggi. Turut hadir ialah Puan Normala binti Daman, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, En. Mohammad Fadhil bin Jamal, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi serta pihak kontraktor yang telah dilantik.Mesyuarat diadakan bertujuan untuk memperkenalkan semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan projek ini dan mendengar pembentangan ringkas daripada pihak pelaksana projek.Disediakan oleh PBSD Kota Tinggi
Johor Bahru,2 November 2020- Mesyuarat penyelarasan bersama agensi-agensi yang terlibat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Belia Negeri Johor, Encik Khairul Adri bin Dato' Rosli turut hadir Encik Mohd Azahari bin Mohd Rawi dan Mohd Fairuz, Pejabat Setiausaha Johor, Encik Mohd Farid bin Uyop, Majlis Keselamatan Negeri Johor, Encik Saiful Hizam bin Hizam, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, dan juga Tuan Haji Md Sallehen Mohamad, Presiden Majlis Belia Negeri Johor dan Encik Nurhafizuddin Surraidi, Setiausaha kehormat Majlis Belia Negeri Johor.Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan gerak kerja terkini perancangan pelaksanaan majlis persidangan supaya berjalan dengan lancar dengan mematuhi prosedur-prosedur menangani wabak Covid-19 yang telah ditetapkan.#JabatanBeliaSukanJohor#DekadIniDekadAnda Disediakan oleh JBSN Johor