- JBS Johor
- Hits: 515
MAJLIS SAMBUTAN HARI MALAYSIA & MAJLIS PELANCARAN PROGRAM RAKAN MUDA KOMUNITI ARPRM 2020
Pekan Nanas, 16 September 2020 - Persatuan Belia Cergas Pontian dan Kelab Taekwondo Cergas Pontian dengan kerjasama KRT Taman Utama Pekan Nanas telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Malaysia Dan Majlis Pelancaran Program Rakan Muda Komuniti ARPRM Tahun 2020 bertempat di Dewan Raya Taman Utama Pekan Nanas.
Majlis ini telah disempurnakan oleh En. Tan Eng Man, wakil rasmi Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng, Ahli Parlimen Tanjung Piai.Dua pohon pokok telah ditanam di sekitar Dewan sebagai simbolik Pelancaran Program Rakan Muda Komuniti. Aktiviti mengibarkan Jalur Gemilang telah dijalankan sempena Sambutan Hari Malaysia yang ke-57 tahun.
Turut hadir ke Majlis tersebut En. Haszuan bin Sapuan, wakil rasmi Pengarah, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor, Tn. Haji Baba bin Arba, Pengerusi KRT Taman Utama, En. Lee Soon Chong, Pengerusi Kelab Taekwondo Cergas Pontian dan Cik Sum Pie Jie, Pengerusi Persatuan Belia Cergas Pontian.Majlis tamat pada jam 2.00 petang.
Disediakan oleh PBSD Pontian
- JBS Johor
- Hits: 515
