BENUT,PONTIAN, 29 Oktober 2020 : Telah berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Pontian Tahun 1442H/2020M di Masjid Temenggung Daeng Abdul Rahman, Benut Pontian. Majlis yang bermula sekitar jam 7.30 pagi itu telah dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Al Fadil Imam Mohd Syazali bin Sarbini, Imam Daerah Pontian. Majlis seterusnya diperdengarkan dengan alunan suci Al-Quran dari Naib Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Pontian, serta alunan berzanji dan selawat dari Johan Pertandingan Berzanji Peringkat Daerah Pontian. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada YBHG. Tuan Haji Zulkifly bin Haji Mohd Tahir, Pegawai Daerah Pontian yang seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingam tulisan khat dan tulisan jawi.Majlis dimuliakan lagi dengan syarahan oleh As Sheikh Tuan Haji Mohd Nasri bin Rahman, Kadi Daerah Pontian. "Jika kita ingin Allah SWT mengasihi kita, kita perlu terlebih dahulu mengasihi Rasulullah SAW kerana baginda SAW merupakan kekasih Allah". Itulah antara intipati dalam syarahan tuan Kadi. Turut hadir ke Majlis tersebut ialah YBHG. En Fahmi bin Yahya, Pentadbir Tanah Pontian serta ketua-ketua jabatan dan para penghulu. Majlis tamat pada jam 11.00 pagi.Sekalung penghargaan diberikan kepada barisan sukarelawan belia Daerah Pontian yang turut sama membantu terutamanya dari Kelab Rakan Muda Pontian atas komitmen hadir seawal jam 4.00 pagi sehingga program selesai. Terima kasih di ucapkan. #UmmahRabbaniNegaraHarmoni#HapusCOVID19#PrihatinMahirDinamik#DekadIniDekadAndaDisediakan oleh PBSD Pontian
- JBS Johor
- Hits: 932
