Kota Tinggi, 8 November 2020 - Persatuan Belia (MBFM) Felda Sungai Sibol telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (Pemilihan) Sesi 2020-2022 pada 7 November 2020 bertempat di Dewan Terbuka Felda Sungai Sibol. Turut hadir bersama, Tuan Muhammad Fadzli bin Hassan, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Encik Mohammad Fadhil bin Jamal, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi dan saudara Mohammad Fadzly bin Jewarin, Timbalan Pengerusi MBFM Wilayah Johor Bahru. Pemilihan ahli jawatankuasa baharu telah dibuat pada Mesyuarat Agung kali ini. Turut dibentangkan dalam mesyuarat ini adalah berkaitan dengan perancangan program dan aktiviti yang akan dilaksanakan untuk tahun 2020-2022. Seramai lebih kurang 60 orang ahli jawatankuasa, belia felda dan penduduk setempat telah hadir ke mesyuarat ini. Tahniah kepada kepimpinan baharu Persatuan Belia (MBFM) Felda Sungai Sibol Sesi 2020-2022. Semoga dapat memberi nafas baharu kepada pembangunan belia di Felda Sungai Sibol.Disediakan oleh PBSD Kota Tinggi
- JBS Johor
- Hits: 1023
