MERSING, 27Oktober 2020- Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Mersing telah bekerjasama dengan Pejaba tBelia dan Sukan Daerah Mersing bagi melancarkan proses pelupusan aset bernilai rendah bagi suku tahun ketigaTahun 2020. Encik Mohamad bin Subaheirek, Pembantu PenguatKuasa KP19 dari SWCorp Mersing telah hadir menyaksikan pelupusan tersebut.
Pejabat Belia danSukan Daerah Mersing mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak SWCorp pada hari ini.
Johor Bahru, 27 Oktober 2020 - Jabatan Belia Sukan Negeri Johor telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor yang diketuai oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Majlis ini diadakan adalah sebagai memenuhi pengisian sahsiah dan kerohanian, memohon keberkatan, keselamatan dan kesihatan serta mengeratkan hubungan seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Majlis diakhiri dengan Majlis Perpisahan Puan Noor Hasnieza Binti Mohd Udin Penolong Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda yang akan bertukar ke Bahagian Kemahiran di Kementerian Belia Dan Sukan serta mengalu-alukan kedatangan pegawai baru iaitu Puan Nurul Amira binti Mazlan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
JOHOR BAHRU, 25 Oktober 2020 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Malaysia dan Kelab Sukan Elektronik D'xstream telah menganjurkan Kejohanan MYESPORTS Peringkat Negeri Johor 2020. Kejohanan MYESPORTS Peringkat Negeri Johor tersebut telah berlangsung selama 4 hari bagi PUBG dan 4 hari untuk PES 21. Sebanyak 4 kategori yang dipertandingkan iaitu PUBG 1vs1, PUBG squad, PES 1vs1 dan PES 2vs2. Seramai 300 orang peserta telah mengambil bahagian di dalam kejohanan ini yang terdiri daripada golongan belia.
Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Puan Normala binti Daman telah hadir membuat lawatan ke Studio Agola Lounge, Kempas, Johor yang merupakan lokasi pengelolaan Kejohanan MyEsports Peringkat Negeri Johor 2020. Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pasukan teknikal yang telah memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan kejohanan ini.
PONTIAN, 26 Oktober 2020 - Satu Lawatan Kunjung Hormat dari pihak Persatuan Tenis Daerah Pontian (PTDP) ke atas Pegawai Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pontian, YBhg. En. Sidek Md Said telah diadakan sekitar jam 10.00 pagi tadi.
Kunjung hormat ini diketuai sendiri oleh Presiden PTDP, En Aman Karyo bersama Bendahari Persatuan, En Mohd Hatta Mahmood. Tujuan kunjung hormat ialah bagi memperkenalkan AJK PTDP tahun 2020-2021, sesi perkongsian idea dan pembentangan cadangan beberapa program oleh PTDP serta mendapatkan beberapa pandangan dan nasihat dari pegawai PBSD.
“Pelaporan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan sesalinan kepada PBSD Pontian sangat diperlukan bagi tujuan pemantauan dan khidmat nasihat”, demikian tegas Pegawai Belia dan Sukan. “Tanpa sebarang laporan atau makluman kepada PBSD, kita tidak dapat membuka fail khas utk Persatuan dan tiada komunikasi dua hala di antara kedua-dua pihak”, tambah beliau lagi.
Presiden PTDP berjanji akan menghantar salinan laporan MYKB dari 2015-2019 kepada PBSD Pontian, dan akan lebih menjalin hubungan akrab di antara PTDP dan PBSDP pada masa depan.
Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas inisiatif ini dan Selamat Maju Jaya kepada Persatuan Tenis Daerah Pontian.
HUB BELIA DAERAH SEGAMAT, 24 Oktober 2020- Majlis Belia Daerah Segamat dan Pejabat Ahli Parlimen Segamat telah mengadakan Kejohanan Catur Piala YB Dato' Sri Santhara, Ahli Parlimen Segamat merangkap Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan di Hub Belia Daerah Segamat. Selain pertandingan, turut diadakan Klinik Catur yang memberi panduan, tips dan strategi yang betul dalam bermain catur. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Segamat sendiri serta turut hadir En.Maizatul Asrul bin Mohd Yunus Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat dan En Mohd Faiz bin Mohamad Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat
JOHOR BAHRU,23 Oktober 2020 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor selaku Penyelaras Atlet Para Negeri Johor telah memulakan latihan awal sebagai persediaan menghadapi Temasya Para SUKMA XX Johor 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 8 hingga 13 Mac 2021.
Latihan ini telah bermula bulan Oktober 2020 secara berkala setiap hari minggu. Antara sukan yang telah memulakan latihan adalah tenping boling, ping pong, lawn bowls, olahraga , renang, badminton dan angkat berat. Tempat latihan adalah di Lite Superbowl Johor Bahru, Ampang Superbowl @ Kluang, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Dewan Persatuan Badminton Negeri Johor, Educity Sports Complex dan Gim Muafakat Pagoh.Semoga atlet Para Negeri Johor mencapai kejayaan dalam Temasya Para SUKMA XX Johor 2020 nanti.
JOHOR BAHRU, 22 Oktober 2020 - Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah mengadakan satu perjumpaan bersama Dr. Nor Rahidah Binti Abd Rahim, Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Hospital Permai. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Pn Normala binti Daman, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang membincangkan beberapa perkara yang melibatkan pembangunan sukan Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Johor.
Antara topik yang dibincangkan adalah mengadakan saringan klasifikasi untuk atlet Para dibawah kategori masalah pembelajaran , pencarian bakat baru serta halatuju pembangunan sukan OKU untuk jangka masa panjang. Kerjasama seperti ini diharapkan dapat memberi impak yang baik serta menjadi platform dan peluang kepada golongan OKU untuk mengetengahkan bakat yang ada.
PONTIAN, 21 Oktober 2020 - YBhg. En. Shamsuhaime Bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah mengadakan Lawatan Kerja singkat kali kedua ke Pejabat Belia & Sukan Daerah (PBSD) Pontian tahun 2020 kira-kira jam 3.30 petang hari ini. Beliau disambut oleh YBrs. En. Sidek b. Md. Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian dan kakitangannya.
Dalam lawatan tersebut, tuan Pengarah turut memberi beberapa pandangan dan nasihat berkaitan kepentingan menjaga akhlak, memanfaatkan masa dengan amalan kebaikan, mematuhi masa bekerja, dan sebagainya. Beliau juga turut mengadakan pemeriksaan beberapa tempat di Pejabat hasil baikpulih yang diadakan pada bulan Julai lalu.
Pengarah juga menghargai tahap kebersihan dan kekemasan PBSD Pontian, memeriksa buku setem dan menandatangani Buku Lawatan Mengejut. Sesi lawatan tersebut tamat kira-kira jam 4.30 petang.PBSD Pontian mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Tuan Pengarah.
20 Oktober 2020, Johor Bahru - Satu Mesyuarat Penyelarasan Perkongsian Data Belia Negeri Johor telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2 Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad Kota Iskandar.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor. Info dan maklumat data berkaitan pembangunan belia Negeri Johor telah dibentangkan oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi dibawah portfolio Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor.