
JOHOR BAHRU, 26 JULAI 2020 – Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara 2020 Peringkat Negeri Johor telah diadakan bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang di Blok A, Wisma Persekutuan Johor Bahru. Anugerah Perdana Belia Negara 2020 diadakan bertujuan meraikan dan mengiktiraf individu dan pertubuhan belia yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan belia di Negeri Johor.
Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan bagi tahun ini iaitu kategori Pertubuhan Belia yang disertai oleh 6 buah pertubuhan, kategori Individu Belia Lelaki disertai oleh 9 orang calon dan kategori Individu Belia Wanita seramai 10 orang calon yang menjadikan jumlah keseluruhan calon bagi semua kategori adalah 25 calon.
Seramai tiga (3) orang Ahli Panel telah dilantik untuk membuat penilaian bagi kategori Pertubuhan Belia manakala tiga (3) orang lagi membuat penilaian bagi kategori Individu Lelaki dan Wanita. Ahli panel tersebut ialah Encik Ambok bin Muhamad Nor, Ketua Unit Korporat dan Kualiti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Puan Siti Rosmawati bin Abd. Rafor, Penolong Pendaftar, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), KBS dan Encik Rasidi bin Ismail, Naib Pengerusi 2, Majlis Belia Negeri Johor.
Bagi kategori Individu Lelaki dan Wanita pula Ahli Panel yang dilantik adalah Tuan Haji Mohd Fahmi bin Salam, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, Puan Norizam binti Shariat, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor dan Encik Nasharuddin bin Abdul Rahman, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Johor.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mengucapkan tahniah kepada semua calon yang telah menghadiri sesi penilaian yang telah diadakan pada hari tersebut. Semoga semangat kesukarelaan dan berpersatuan ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.
Disediakan oleh Bahagian Belia JBS Negeri Johor
- JBS Johor
- Hits: 1001

JOHOR BAHRU, 22 Julai 2020 - Mesyuarat Pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Johor , Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Johor dan Sambutan Hari Belia Negara Kebangsaan 2020 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sikan Negeri Johor, Wisma Persekutuan Johor Bahru Jalan Ayer Molek, Johor Bahru.
Exco tertinggi Majlis Belia Negeri Johor yang hadir seramai lapan orang yang diketuai oleh Tuan Haji Md. Salleheen Mohamad selaku Presiden Majlis Belia Negeri Johor. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Shamsuhaime Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Mesyuarat membincangkan cadangan bagi pelaksanaan program yang akan diadakan dalam masa terdekat. Selain itu, mendapatkan kata sepakat menjayakan dalam bergerak seiringan.
#BudakJohor
Disediakan oleh Majlis Belia Negeri Johor
Disunting oleh JBS Johor