JOHOR BAHRU, 27 Mac Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bersama Majlis Belia Negeri Johor dalam perbincangan jalinan kerjasama menjayakan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2022 Peringkat Negeri. Semoga dipermudahkan segala urusan dan bersama kita jayakan agenda pemerkasaan pembangunan belia di negeri Johor.
PONTIAN, 27 Mac 2022 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian pada jam 3.00 petang telah berlangsungnya Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Program Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Pontian Tahun 2022.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian itu telah dihadiri 5 orang teknikal setiap sukan bagi membantu pelaksanaan Pertandingan itu kelak.
5 acara sukan yang akan dipertandingkan ialah Futsal (Lelaki & Wanita), Sepak Takraw, Bola Keranjang 3on3 (Lelaki & Wanita), Bola Jaring dan Badminton Berpasukan. Hadiah Wang Tunai keseluruhan acara sukan berjumlah RM13,400.00 untuk direbut.
Pertandingan ini dijangka akan dilaksanakan sekitar bulan Mei 2022 dan diharapkan dengan penganjuran ini akan dapat menyemarakkan lagi Gaya Hidup Aktif di kalangan masyarakat setempat.
PONTIAN, 21 Mac 2022 - Sekitar jam 4.00 petang tadi, YBhg. Tuan Shamsuhaime Bin Basir, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian.
Lawatan tersebut bagi memastikan urus tadbir di Pejabat ini mengikut Tatacara yang dikehendaki oleh pihak Kerajaan. Beliau meluangkan masa kira-kira 1 jam bersama Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian dan kakitangan-kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian.
Desaru, Kota Tinggi, 13 MAC 2022 - Lawatan Pemantauan dan Inspektorat Kemudahan Prasarana Belia dan Sukan 2022 oleh Dr Hasmat , Pengarah Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negara, KBS ke Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) Desaru.
Disediakan oleh KRMSAU
BENUT, 6 Mac 2022 : Selaras dengan perkembangan semasa, Kolej Komuniti Pontian telah melancarkan Satelit@Pontian bagi memberi lebih peluang ilmu pengetahuan kepada masyarakat setempat melalui program Pengajian Seumur Hidup (PSH).
Majlis Perasmian Kolej Komuniti Satelit @ Pontian telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia di Kompleks Muafakat Sungai Pinggan, Benut, Pontian, Johor Darul Ta’zim.
Turut hadir ialah YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor, dan beberapa tetamu kehormat.
Di atas permintaan YAB Menteri Besar Johor, Perdana Menteri akan berbincang dengan Menteri Pengajian Tinggi supaya diwujudkan Kolej Komuniti yang kekal di Benut dan bukan hanya bertaraf Satelit. Ini bagi menambahbaik taraf pendidikan keilmuan di Benut dan memberi lebih peluang pembelajaran kepada masyarakat setempat.
Kolej Komuniti yang berteraskan pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua, tetapi telah mencapai taraf antarabangsa seperti di Jerman, dengan peluang pelajaran hingga ke peringkat Sijil, Diploma dan Universiti.
YAB Perdana Menteri juga menyampaikan bantuan kepada kesemua 14 buah Kolej Komuniti Negeri Johor melalui salah satu kursus di setiap kolej tersebut.
Majlis ditamatkan dengan Perdana Menteri menyampaikan Sijil Penghargaan kepada wakil Kolej Komuniti atas kerja2 khidmat sosial (CSR) oleh pelajar2 Kolej kepada Masjid2 dan Surau2 yang terpilih, dan lawatan Perdana Menteri serta tetamu kehormat ke pameran kolej dan jabatan daerah Pontian.
Disediakan oleh PBSD Pontian
PONTIAN, 28 Februari 2022 : Daerah Pontian telah dipilih untuk menganjurkan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negeri Johor bertempat di Masjid Bandar Pontian. Majlis yang dihadiri YAB Dato' Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor telah dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh As-Sheikh Haji Nujaimi bin Muhamad.
Majlis diteruskan lagi dengan syarahan Israk dan Mikraj yang telah disampaikan oleh Sohibus Samahah Dato' Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor. Usai syarahan, YAB Menteri Besar, diiringi Ybhg Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian telah menyampaikan sumbangan baik pulih Masjid dan Surau bagi setiap daerah di Negeri Johor. Majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah.
Turut hadir ke majlis tersebut adalah, YB SS Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, YB Dato' Haji Salehuddin bin Haji Hassan, Pegawai kewangan Negeri Johor serta YB Dato' Haji Rofiki bin Dato' Haji A.Samsudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Seramai 20 orang Sukarelawan Rakan Muda dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian turut sama membantu mengagihkan makanan kepada jemaah yang hadir.
#israkmikraj
#sukarelawan
Disediakan oleh PBSD Pontian
Johor Bahru,13 Februari 2022- YBhg. En. Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah mengadakan Lawatan mengejut kali pertama bagi tahun 2022 ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru pada jam 9.00 pagi ini.
Dalam lawatan tersebut tuan Pengarah memeriksa buku setem dan memeriksa aset-aset yang sedia ada. Beliau telah memberikan beberapa pandangan dan nasihat berkaitan penjagaan aset-aset supaya sentiasa dalam keadaan yang baik.
PBSD Johor Bahru mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Tuan Pengarah.
Johor Bahru, 9 Februari 2022- Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Daerah Johor Bahru yang telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Johor Bahru, YBhg. Dato' Haji Abdul Rahman bin Salleh yang diadakan di Bilik Langkasuka 3, Hotel Seri Malaysia. Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru, Belinda Michelle binti Benedict, barisan kepimpinan Majlis Pengakap Daerah Johor Bahru serta wakil-wakil daripada Jabatan kerajaan yang lain.
Tahniah kepada barisan Ahli Jawatankuasa yang telah dipilih dan dilantik, diharapkan pimpinan baharu ini dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan jayanya.
Desaru, Johor . 8 Februari 2022 - Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu.Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB. Senator Dato' Sri Ti LianKer, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan, Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), YBhg. Tuan Haji 'On bin Jabbar@Jaa'far , Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Tuan Mohd Azhari bin Mohammad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, YBrs. Encik Shamsuhaime bin Basir dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, YBrs Encik Nor Syazlan bin Abd Razak.Menteri Belia dan Sukan berharap dengan siapnya projek naik taraf KRMSAU Desaru ini dapat memberikan nafas baru dan kemudahan sukan yang lebih baik kepada penduduk setempat dan belia di seluruh negeri Johor untuk melaksanakan aktiviti sukan selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara bersukan.KBSMalaysia JBSNegara#TEAMKBS#TeamjbsJohor#KRMSAUDisediakan oleh JBSN Johor