Johor Bahru, 11 Jan 2023 - Mesyuarat Penyelarasan Majlis Insentif Para SUKMA XX MSN 2022 telah berlangsung yang dipengerusikan oleh Ybrs. Encik Mazlan bin Hj Anis, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Mesyuarat antara lain membincangkan gerak kerja Jawatankuasa sebagai persediaan bagi melaksanakan majlis tersebut yang dijangka pada bulan Februari 2023.
TERIMA KASIH atas sokongan padu daripada Bangsa Johor yang mengikuti perlawanan antara Thailand dan Malaysia di saingan Separuh Akhir 2 Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 secara langsung menerusi tayangan skrin LED bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
Turut hadir menyaksikan perlawanan ialah YB Tuan Mohd Hairi bin Md Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor bersama-sama YB Dato’ Onn bin Jabbar, TSUK (Sukan, Belia & Sukarelawan), YB Dato’ Haji Mohd Norazam bin Dato’ Hj Osman, Datuk Bandar MBJB, YBrs Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, YBrs Encik Nor Syazlan bin Abd Razak, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor serta Ahli-Ahli Majlis MBJB.
Antara pengisian dan aktiviti diadakan adalah kuiz dan timbangan bola dalam kalangan penonton sebagai selingan kepada penyokong yang hadir memberikan sokongan untuk perlawanan malam ini.
Johor Bahru, 10 Januari 2023 - Kunjungan hormat daripada delegasi Pusat Kepimpinan dan Kompetensi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mustaffa bin Ibrahim dan turut disertai oleh Encik Musa bin Muhammad Noh, Encik Abdul Hadi dan Cik Atikah daripada Pusat Kepimpinan Kompetensi (PKK).
Encik Mohamad Mazlan bin Haji Anis mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mempengerusikan perbincangan berkenaan jalinan kerjasama dan juga perancangan pelaksanaan program berkaitan pembangunan belia, kepimpinan dan kompetensi. Perbincangan turut disertai oleh Puan Nur Amalina binti Holidi, Pen. Pengarah Rakan Muda, Encik Abd Isa bin Abd Rasah, Puan Fadhilah binti Tahar, Encik Mohamad Shahfullah, Puan Nor Idayu dan Cik Glendalyn Johny.
Pihak PKK juga berhasrat untuk memberikan penekanan kepada pelaksanaan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dalam kalangan pelajar UTHM, yang mampu mengiktiraf pencapaian di peringkat Antarabangsa. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor amat berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama ini dan diharapkan peluang keemasan ini akan melahirkan lebih ramai belia dan anak muda yang mempunyai jati diri dan kompetesi tinggi pada masa akan datang.
8 Januari 2023, Larkin Johor Bahru - Mesyuarat Agung Kali Pertama Persatuan Renang Para Johor (PREPJ) telah selesai dilaksanakan bertempat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Hjh Alwiyah binti Talib selaku Presiden persatuan.
Tahniah diucapkan kepada Persatuan Renang Para Johor (PREPJ).
LARKIN, 8 Januari 2022 - Mesyuarat Berkala pertama di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bagi tahun 2023 telah dipengerusikan oleh YBhg Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Turut hadir semua wakil daripada 10 Pejabat Belia dan Sukan Daerah dan 2 Kompleks.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat berbesar hati menerima kunjung hormat daripada YB Onn Abu Bakar, Ahli Parlimen Batu Pahat & YB Gan Peck Cheng, ADUN Penggaram pagi tadi.
Turut hadir YDP Majlis Belia Daerah Batu Pahat Saudara Mesafizam Mesri, Penyelaras Pusat Pembangunan Belia Johor Daerah Batu Pahat - ppbjbp Encik Faizal Abas bersama Duta Perpaduan Johor, Saudara Afiq & Wakil Southern Volunteer Batu Pahat, Saudara Aiman. Tidak lupa juga Puan Azlirin dari 28 Fitness & Solution wakil daripada instruktor kecergasan di Batu Pahat.
Pertemuan julung kali ini adalah sebagai tanda salam perkenalan tentang fungsi & peranan PBSDBP, MBDBP & JOYDEC dalam pembangunan belia dan sukan Daerah Batu Pahat.
Intipati daripada pertemuan tersebut, diharapkan aktiviti-aktiviti belia dan sukan Daerah Batu Pahat dapat dirancakkan lagi untuk masa akan datang.
Sekalung Tahniah & Syabas kepada Puan Nur Amalina binti Holidi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor di atas Anugerah Pelajar Terbaik, Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Konvokesyen ke-22 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Daripada seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
JOHOR, 2 Januari 2023 - YB Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan bersama-sama YBhg Dato' Jana Santhiran, Ketua Setiausaha KBS telah melawat Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) Desaru.
YB Menteri dan YBhg Dato’ KSU dibawa melawat kawasan sekitar KRMSAU sambil mendengar taklimat berkaitan fasiliti dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Lawatan turut disertai Pengarah JBS Negeri Johor, Encik Shamsuhaime bin Basir dan Pegawai-Pegawai JBS Negeri Johor.
KRMSAU memulakan semula operasi setelah dinaik taraf pada bulan Julai 2021 dan menjadi pusat bagi aktiviti sukan/riadah khususnya kepada masyarakat setempat.
Johor Bahru, 15 Disember 2022 - Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2022 telah dilaksanakan di Dewan Banquet Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Johor. Majlis Penyampaian Anugerah ini diadakan adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan pihak kerajaan kepada usaha dan sumbangan yang telah diberikan oleh para belia yang bergerak secara individu mahupun melalui pertubuhan-pertubuhan belia di Negeri Johor. Terdapat tiga kategori anugerah yang telah dibuat penilaian pada tahun ini antaranya Kategori Individu Lelaki, Kategori Individu Wanita dan Kategori Pertubuhan Belia.
Majlis Penyampaian Anugerah ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor selaku wakil rasmi YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi Menteri Besar Johor.
Turut hadir ke majlis ini adalah YB Dato' Haji On bin Jabbar @ Ja'afar Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), YBrs Dr. Zainah binti Shariff Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Shamsuhaime bin Basir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Encik Mohd Rasidi bin Ismail Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Johor.
Pihak Sekretariat mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.