Batu Pahat, 6 Februari 2023 - Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) bersama-sama dalam Misi Bantuan Pascabanjir di Sri Medan, Batu Pahat hari ini.
Jalinan kerjasama SATRIA ini adalah antara Majlis Perbandaran Batu Pahat, Majlis Daerah Yong Peng, Southern Volunteers Batu Pahat, Majlis Belia Daerah Batu Pahat, Kelab Rakan Muda Batu Pahat, Yayasan Makmur Batu Pahat dan Yong Peng, Sri Medan Cyclist Club, Suara Anak Muda Batu Pahat, Kolej Kediaman Dalam Kampus UTHM dan SWM Yong Peng dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan gotong-royong membantu rumah mangsa terjejas banjir.
Sri Medan antara yang terjejas teruk dalam bencana banjir yang melanda daerah Batu Pahat kali ini. Semoga bantuan misi pascabanjir ini sedikit sebanyak meringankan beban mangsa untuk kembali bangkit meneruskan aktiviti seharian.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan dan berganding bahu dalam menjayakan misi bantuan ini. Semoga jalinan kerjasama ini dapat dikekalkan dan diteruskan pada masa akan datang.
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 188
