- JBS Johor
- Hits: 163
PROGRAM JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA JOHOR BERSIH 2.0 PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2023
MERSING, 19 Mac 2023 (Ahad) – Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing turut bersama-sama menyertai gotong-royong Program Jalan Angkat sempena Johor Bersih 2.0 yang diadakan pada setiap hari Ahad bermula pada jam 8.00 hingga 9.00 pagi di sepanjang Jalan Lingkaran Penambang dan Jalan Sulaiman.
Selain memastikan kawasan yang ditetapkan oleh Majlis Daerah Mersing bersih daripada sampah, aktiviti ini juga bertujuan untuk membina hubungan sosial dengan masyarakat sekeliling dan menyeru orang ramai agar membuang sampah di tempat yang disediakan.
Disediakan oleh PBSD Mersing
- JBS Johor
- Hits: 163

