Bagi menghargai khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada pentadbiran daerah Batu Pahat, satu Majlis Jasamu Dikenang Setulus Budi Kenangan Abadi telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Batu Pahat lewat petang tadi di Hotel Katerina Batu Pahat.
Majlis disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat dengan sesi penyampaian hadiah dan cenderahati kepada Puan Erni Nurshanisza binti Mohd Markhaza, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Kanan) Daerah Batu Pahat yang akan bertukar keluar ke Menara KBS, Putrajaya berkuat kuasa 17 April 2023 (Isnin). Turut hadir Tuan Ezahar bin Abu Sairin, YDP Majlis Perbandaran Batu Pahat serta ketua-ketua jabatan yang lain.
Majlis diteruskan dengan sesi bergambar dan jamuan berbuka puasa.
Disediakan oleh PBSD Batu Pahat
- JBS Johor
- Hits: 118
