- JBS Johor
- Hits: 140
LAWATAN TAPAK PROGRAM RAKAN BUMI : EKSPLORASI ALAM PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2023
3 Julai 2023 (Isnin) - Telah berlangsung satu lawatan tapak di Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian bagi Program Rakan Bumi : Eksplorasi Alam.
Lawatan dihadiri oleh Puan Nur Amalina binti Holidi (Penolong Pengarah Rakan Muda) diiringi oleh Encik Mohamad Shafiq bin A Aziz selaku Pegawai Program Rakan Bumi : Eksplorasi Alam bagi meninjau tempat bagi pelaksanaan program tersebut.
Lawatan diadakan bertujuan untuk mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pengurusan Taman Negara Johor Tanjung Piai dan mengenalpasti keperluan dari segi penggunaan tempat, kesesuaian masa dan keperluan peralatan bagi merancang pelaksanaan program ini.
Demi belia dan sukan, JBSN bersama
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 140
