Batu Pahat | 01 OGOS 2023 | Selasa. Suasana sekitar persiapan tempat ??????? ??????? ??????? ????? (???) ????. Turut hadir YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali Pegawai Daerah Batu Pahat bagi melihat perlaksanaan aktiviti di sekitar Pusat Pertanian Pt Botak, Batu Pahat, Johor
Kota Iskandar, 31 Julai 2023 - Telah berlangsung sesi pembentangan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Johor Tahun 2023 kepada YAB Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor , Institut Dato’ Onn dan MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR
Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk sambutan pada tahun ini yang merangkumi 6 Segmen seperti Gaya Hidup Aktif, Dari Belia Untuk Belia, Modal Insan, Jati Diri, Seni Kreatif, Ekonomi dan Identiti Bangsa Johor. Sambutan akan dilaksanakan di TMIYC Johor Bahru. Ayuh Belia Bangsa Johor kita meraikan sambutan ini.
JOHOR BAHRU, 24 Julai 2023 - Telah berlansung Mesyuarat Program Jelajah Genta Belia (JGB) Peringkat Negeri Johor 2023. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh En. Shamsuhaime Bin Basir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Mesyuarat ini diadakan secara bersemuka dan atas talian telah dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian, Segamat dan Batu Pahat serta rakan strategik Program JGB iaitu dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pertanian Negeri Johor, PRASARANA, MDEC, INSKEN dan Majlis Belia Negeri Johor.
Mesyuarat telah membincangkan berkenaan tarikh, tempat dan konsep pelaksanaan program. Antara pengisian aktiviti yang akan dilaksanakan termasuklah perkongsian ilmu dan maklumat, jualan komuniti dan beberapa aktiviti sampingan. Semua rakan strategik program JGB Negeri Johor bersedia untuk memberi kerjasama bagi menjayakan program yang akan dilaksanakan di Batu Pahat, Segamat dan Pontian pada bulan September nanti.
Johor Bahru, 23 Jun 2023 - Telah berlangsung sesi kunjung hormat kepada YB Dato' Haji Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Menara MBJB. Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah mengetuai kunjung hormat tersebut yang turut dihadiri Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Encik Mohammad Alif bin A. Rahim serta barisan EXCO MBNJ yang lain.
Tujuan kunjung hormat tersebut adalah untuk memohon kerjasama pihak MBJB dalam perlaksanaan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Johor 2023 di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) yang akan diadakan pada bulan September. YB Datuk Bandar menyambut baik cadangan perlaksanaan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) dan beliau turut mengutarakan beberapa cadangan sebagai penambahbaikan. Konsep pelaksanaan HBN pada tahun ini juga akan ditambah baik dengan menerapkan 6 Segmen iaitu Modal Insan, Ekonomi, Seni Kreatif, Gaya Hidup Aktif, Dari Belia Untuk Belia dan Identiti Bangsa Johor.
ISKANDAR PUTERI, 19 Julai 2023 - Pengerusi, Persatuan Belia Bersatu Seri Pulai, Ayer Baloi merangkap Naib YDP Majlis Belia Daerah (MBD) Pontian, Saudara Muhammad Nizamuddin bin Maat di Anugerahkan sebagai penerima Anugerah Maal Hijrah Kategori Belia Negeri Johor di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri pagi tadi.
Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh YB. Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor wakil rasmi YAB. Menteri Besar Johor. Anugerah ini merupakan anugerah yang julung kali diadakan bagi mengiktiraf golongan Belia di Negeri Johor.
Pihak pentadbiran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mengucapkan Tahniah kepada Saudara Muhammad Nizammuddin bin Maat atas penerimaan ini dan semoga menjadi inspirasi kepada belia lain.
18 Julai 2023 (Selasa) - Telah berlangsung satu lawatan tapak di Eco Tourism Kampung Sungai Melayu bagi Program Rakan Bumi : Eksplorasi Alam.
Lawatan dihadiri oleh Puan Nur Amalina binti Holidi (Penolong Pengarah Rakan Muda) diiringi oleh Encik Mohamad Shafiq bin A Aziz selaku Pegawai Program Rakan Bumi : Eksplorasi Alam bagi meninjau tempat bagi pelaksanaan program tersebut.
Lawatan diadakan bertujuan untuk mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pengurusan Eco Tourism Kampung Sungai Melayu dan mengenalpasti keperluan dari segi penggunaan tempat, kesesuaian masa dan keperluan peralatan bagi pelaksanaan program ini.
10 Julai 2023 - Telah berlangsung Majlis Pentauliahan Badan Operasi dan Penyerahan Sijil Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Bangunan Pejabat Pendaftar UTHM Kampus Parit Raja, Batu Pahat, Johor petang tadi.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Naim bin Maslan, Pendaftar UTHM, Prof. Madya Dr. Nor Hazana binti Abdullah, Pengarah Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM, Encik Shafry bin Salim, Timbalan Pendaftar UTHM, Puan Nur Amalina binti Holidi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Johor, Puan Fadhilah binti Hj.Tahar, Pegawai Kepimpinan Sahsiah dan Gaya Hidup JBSN Johor serta barisan staf dan kakitangan dari Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Pentauliahan Badan Operasi ARPRM kepada PKK UTHM.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil pelantikan kepada 25 orang staf dan kakitangan UTHM selaku pemimpin - pemimpin ARPRM.
Diharap dengan pelantikan Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM selaku Badan Operasi ARPRM dan pelantikan pemimpin - pemimpin ARPRM dari UTHM ini akan dapat memperkasakan lagi program ARPRM di Negeri Johor dan melahirkan lebih ramai penerima anugerah bertaraf antarabangsa ini.
LARKIN, 9 Julai 2023 - Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan JBSN Johor bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.
YBhg Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah JBSN Johor telah menyampaikan amanat kepada semua Pegawai dan kakitangan JBSN Johor merangkumi aspek etika kerja dan tanggungjawab sebagai penjawat awam serta motivasi untuk memberikan perkhidmatan
terbaik
kepada orang awam.
Dalam majlis tersebut, turut disampaikan Anugerah Pekerja
Terbaik
Bulanan sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan cemerlang melalui penilaian secara bulanan (Mei dan Jun).
Pekerja
Terbaik
Bulan Mei:
1) Nor Azreen binti Md Lasim
2) Mohd Hayadde bin Hamzani
3) Mohd Khasyimi bin Abd Kadir
Pekerja
Terbaik
Bulan Jun:
1) Fazilla binti Salim @ Osman
2) Faizal bin Sulaiman
3) Khairilezuwan bin Abd. Razak
Turut diraikan Puan Shahrulfiza binti Mohd Noor, mantan Setiausaha Pejabat yang telah berpindah ke Jabatan KEMAS Johor berkuat kuasa pada 2 Julai 2023 yang lalu.
Semoga Majlis seperti ini dapat mengeratkan silaturahim dan ikatan ukhwah dalam kalangan Pegawai dan kakitangan JBSN Johor khasnya.
6 Julai 2023, JOHOR BAHRU - Majlis Makan Malam bagi meraikan atlet dan pegawai bagi Kejohanan ITF Wheelchair Tennis Johor Open dan Malaysia Open 2023 telah diadakan di Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri. Majlis ini telah dihadiri oleh YB Dato Haji On bin Jabbar @ Jaafar Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan). Turut hadir adalah Ts. Mohd. Ekmaluddin bin Ishak Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, En. Shamsuhaime bin Basir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, En. Muhd Iqbal bin Sulaiman President Wheelchair Tennis Malaysia dan beberapa wakil dari agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Pada malam tersebut juga telah disempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang bagi Kejohanan Wheelchair Tennis Johor Open yang telah berlangsung pada 1-4 Julai 2023 bertempat di Akademi Tenis Johor, Nusa Duta. Kejohanan akan diteruskan lagi dengan Malaysia Open yang akan bermula pada 7-11 Julai 2023 yang akan disertai oleh 8 buah negara seperti Malaysia, Thailand, Korea, Japan, Chinese Taipei, Netherlands, China dan Turkey.