Batu Pahat | 19 Ogos 2023. Pertandingan Sepak Takraw Sempena Program Liga Sukan Komuniti (LSK) 2023 Peringkat Daerah Batu Pahat telah dilaksanakan di Dewan Terbuka Taman Suria, Ayer Hitam, Johor. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai pertandingan ini dan sekaligus merebut gelaran juara.
Turut hadir bersama melihat pertandingan ini berlangsung Yang Berhormat Datuk Haji Samsolbari bin Jamali Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor.
Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Shahfullah bin Ab Manan wakil rasmi Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat dan rakan koleberasi penganjur program Pengerusi Kelab Sukan Kecergasan Senggarang.
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BATU PAHAT ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pertandingan ini.
Disediakan Oleh PBSD Batu Pahat
- JBS Johor
- Hits: 167
