- JBS Johor
- Hits: 151
PROGRAM INTERVENSI SOSIAL DARI BELIA UNTUK BELIA (Y2Y) TAHUN 2023 PERINGKAT DAERAH MERSING
MERSING, 12 September 2023 - Program Intervensi Sosial Dari Belia Untuk Belia (Y2Y) Tahun 2023 Peringkat Daerah Mersing telah diadakan di Dewan Besar, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Mersing pada 12 September 2023 (Selasa) bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Seramai 100 orang pelajar ILP Mersing telah menyertai program ini yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian Mersing dan Majlis Gabungan Belia Mersing (MGBM). Ceramah pertama bertajuk Penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia: Salah Siapa?, telah disampaikan oleh Encik Mohd Saifudien bin Rusdi daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Mersing manakala ceramah kedua bertajuk Jenayah siber: Isu moral yang perlu dibendung, telah disampaikan oleh Inspektor Muniyandi a/l Arumugam daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing.
Seusai ceramah, bersempena program Intervensi Sosial Dari Belia Untuk Belia (Y2Y) Peringkat Daerah Mersing Tahun 2023, AADK Daerah Mersing telah diberikan peluang dan ruang yang ada untuk mengadakan Majlis Perasmian Pelancaran Jerayawara JIHAD dan telah disempurnakan oleh YBhg Encik Muhammad Jafni Adli bin Jaafar, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) wakil rasmi Tuan Pegawai Daerah Mersing.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program Intervensi Sosial Dari Belia Untuk Belia (Y2Y) Peringkat Daerah Mersing Tahun 2023.
Disediakan oleh PBSD Mersing
- JBS Johor
- Hits: 151
