PULAI, 18 November 2023 – Program 3R@Community bertujuan bagi mendedahkan masyarakat tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dalam amalan lestari hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam komuniti. Ceramah kesedaran terhadap kepentingan kitar semula telah disampaikan oleh Cikgu Neo Wan Boon, sukarelawan bagi kitar semula bahan terbuang yang juga merupakan seorang bekas guru besar sekolah rendah.
Seramai 140 orang peserta telah menyertai program 3R@Community ni. Para peserta kemudiannya telah diajar bagi menghasilkan satu produk dari bahan buangan atau dari botol-botol yang telah tidak digunakan lagi. Kemudian hasil dari para peserta akan dinilai dan diberikan hadiah bagi hasil yang kreatif dan menarik. Pelbagai produk boleh dihasilkan dari bahan-bahan tersebut seperti pasu bunga, tempat meletak alatulis, tabung simpanan, patung burung dan sebagainya. Para peserta dilihat bersemangat bagi menghasilkn produk yang telah ditugaskan.
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 166
