Johor Bahru, 9 Dis 2023 - Telah berlangsung Program sukan permotoran (go kart & Mini bike) bertempat di kawasan parkir Bangunan Wisma Persekutuan Negeri Johor.
Program dengan kerjasama Persatuan Street Workout & Calisthenics ini dikendalikan oleh Cilik Motorsports yang mendapat sambutan meriah dengan penyertaan seramai 70 orang anak muda.
Program ini bertujuan untuk memberi pengenalan kepada sukan Go kart dan Mini bike serta memberikan panduan pengendalian yang selamat seterusnya memupuk minat dalam sukan permotoran.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pihak yang menjayakan program ini.
Muar, 10 Disember 2023 | Program Sembang Santai Kelab Rakan Muda (KRM) Tangkak bersama-sama Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor
Barisan kepimpinan Kelab Rakan Muda Tangkak hadir dalam Program Sembang Santai bersama Encik Shamsuhaimie bin Basir, Pengarah JBSN Johor.
Turut hadir, Puan Nur Amalina binti Holidi (Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda), Encik Mohd Fahmi bin Ali (Pembantu Belia dan Sukan Daerah Tangkak), Encik Haszuan bin Sapuan (Pembantu Belia dan Sukan Daerah Pontian) serta barisan Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor di Warong Pak Bakar Ikan Bakar, Parit Jawa, Muar.
Dalam sesi ini, barisan kepimpinan KRM Tangkak telah diberikan pelbagai nasihat dan idea bagi meningkatkan aktiviti pembangunan belia di daerah Tangkak.
KRM Tangkak berhasrat untuk menjadi satu kumpulan belia yang sentiasa proaktif dan cemerlang dalam pelbagai aspek.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga Allah merahmati.
Muar, 11 Disember 2023 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Kursus Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Johor 2023 bertempat di Hotel Muar Traders.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan serta input yang terkini mengenai tugas serta peranan yang harus dimainkan oleh semua Pegawai Rakan Muda Negeri, Pegawai Belia dan Sukan Daerah dan Pemimpin Badan Operasi dalam pelaksanaan program ARPRM di samping meningkatkan tahap kecekapan dalam pengurusan program ARPRM.
Majlis Perasmian Penutup ini telah disempurnakan oleh Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah Tuan Ts. Syahrul Nizam bin Perdan, Pengarah Institut Latihan Perindustrian Mersing, Puan Norhashiqin binti M. Ali Othman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN iaitu, Puan Nur Amalina binti Holidi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSJ serta Pegawai – Pegawai Belia dan Sukan Daerah.
Kursus ini telah dihadiri seramai 44 orang peserta daripada setiap daerah. Pelbagai input dan info yang telah dikongsikan bersama peserta oleh Encik Armizam bin Ab. Rahim dari Jawatankuasa Operasi dan Teknikal ARPRM Peringkat Kebangsaan dan Puan Norhashiqin binti M. Ali Othman.
Kesemua peserta yang mengikuti kursus ini telah layak ditauliahkan sebagai pemimpin ARPRM setelah mereka lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan khas yang diadakan di akhir kursus.
Semoga dengan pelaksanaan kursus sebegini akan dapat melahirkan lebih ramai pemimpin - pemimpin ARPRM dan seterusnya dapat meningkatkan penyertaan ARPRM di Negeri Johor.
Panchor, 11 Disember 2023 - Program Langkah Hero Sungai Johor (LASAJO) sempena Sambutan Hari Kesukarelawan Belia Malaysia (HKBM) Peringkat Negeri Johor tahun 2023 telah diadakan Sungai Panchor, Muar.
Program ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada para sukarelawan menabur bakti dalam kerja pembersihan di sungai dan kawasan persekitaran sungai Panchor yang terkenal dengan habitat Udang Galah.
Aktiviti lain yang diadakan adalah Pertandingan Plogging, Mengecat Tanda Nama Panchor dan cat Besi jambatan.
Majlis Perasmkan telah disempurnakan oleh Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor.
Turut hadir dalam program ini ialah Pengarah Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Wakil Pengarah Edu Hub, Penolong Pengarah Bahagian Rakan Muda JBSJ, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Muar, Pengerusi MAYC Negeri Johor, Penyelaras JOYDEC, YDP Majlis Belia Daerah Muar dan Penghulu Mukim Panchor.
Seramai hampir 120 orang hadir ke Program ini termasuk Southern Volunteers Muar, Sukarelawan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), skuad sukarelawan Universiti Malaysia Pahang dan para belia setempat.
Semangat kesukarelawanan di kalangan rakyat Malaysia perlu dipupuk dan disematkan sejak awal lagi. Ia adalah batu asas kepada masyarakat yg prihatin, bertanggungjawab, saling bantu membantu tanpa mengira agama, kaum dan latar belakang.
PONTIAN, 7 Disember 2023 - Majlis Penyerahan Gelanggang Futsal KBS kepada Pemilik Tanah, Pejabat Daerah Pontian telah berlangsung secara ringkas di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Pontian jam 10.30 pagi tadi.
Majlis Penyerahan dengan menandatangani dokumen yang disediakan telah dilakukan oleh YBrs. Encik Mohammad Khairul bin Md Dam, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor wakil rasmi Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor kepada YBrs. Encik Azmee bin Awang, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian wakil rasmi Tuan Pegawai Daerah Pontian.
Turut menyaksikan Majlis Penyerahan ini ialah Encik Mohamed Azrul Syam bin Mohamed Yusof, Pegawai Belia dan Sukan (Menanggung Kerja) Daerah Pontian dan Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Pontian.
Sebagai rekod sebanyak 11 buah Gelanggang Futsal KBS yang diserahkan semula kepada Pejabat Daerah Pontian. Terima kasih atas kerjasama.
ISKANDAR PUTERI, 2 Disember 2023 - Telah berlangsung Program Trail Walk Komuniti PESRON Negeri Johor bertempat di Forest City Johor. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), penggerak sukan OKU dan ahli PESRON yang menyertai program ini.
Program ini merupakan aktiviti kecergasan yang mempromosi gaya hidup aktif melalui aktiviti berjalan kaki. Selain itu, terdapat juga aktiviti berpasukan, sukaneka, susun suai gambar dan mencipta logo kumpulan.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs En. Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Ribuan terima kasih diucapkan kepadap pihak Pengurusan Forest City Pacificview Sdn Bhd atas kerjasama yang baik dan penajaan sepanjang pelaksanaan program.
PUTERI WANGSA, 3 DISEMBER 2023 – Satu misi pascabanjir telah dilaksanakan Kg Pasir Tebrau yang terkesan dengan kenaikan air banjir pada baru-baru ini.
Dengan kerjasama kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA), pembersihan ini dapat dilakukan di Surau Kg Pasir Tebrau dan beberapa buah rumah dengan berjaya dan teratur.
Diharapkan komuniti penduduk mendapat manfaat daripada bantuan yang telah diberikan. Semoga penduduk menghadapi ujian ini dengan sabar dan tabah agar mendapat ganjaran pada masa akan datang.
Tangkak 2 Disember 2023 – Kursus Kepimpinan Organisasi Belia Tangkak (KPO) Tahun 2023 telah dilaksanakan pada 2 Disember 2023 bertempat di Gunung Ledang Resort, Tangkak. Kursus ini dianjurkan sendiri oleh Majlis Belia Daerah Tangkak dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tangkak dan Majlis Belia Negeri Johor.
Puan Nor Azreen binti Md. Lasim , Pegawai Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah hadir bagi berkongsi berkaitan Pendaftaran Sistem E-Bantuan kepada peserta. Selain itu beliau turut berkongsi ilmu dalam persediaan kepada persatuan-persatuan belia dan individu yang berminat untuk menyertai Anugerah Perdana Belia Negara (APBN).
Objektif Kursus ini adalah bagi meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam menghadapi arus perubahan perdana kepada setiap persatuan belia khususnya dalam pengururusan organisasi. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada ahli persatuan gabungan Majlis Belia Daerah Tangkak. Para peserta telah didedahkan dengan cara-cara penyediaan laporan tahunan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) serta mempelajari teknik pengucapan awam.
Kursus ini dirasmikan Oleh Yang Berhormat Tuan Sarihan bin Jani ADUN Kawasan Gambir. Turut hadir Encik Mohd Al-Aswat Bin Ab Rahaman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tangkak dan Encik Ari Tharan Panirselvam wakil Majlis Belia Negeri Johor.
Tahniah dan syabas kepada Majlis Belia Daerah Tangkak atas inisiatif untuk memantapkan urus tadbir pertubuhan belia di Daerah Tangkak.
MERSING, 29 November 2023 – Pertandingan Memanah Lelaki 1000 Liga Peringkat Daerah Mersing Tahun 2023 telah diadakan pada 24 November 2023 (Sabtu) di Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing. Seramai 38 orang orang peserta berumur bawah 15 tahun telah berentap untuk memenangi hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM350.00.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Salmi binti Yahaya, Pembantu Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mersing mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mersing. Turut hadir Encik Mohd Hapiz bin Raya, Penyelaras pertandingan memanah pada hari tersebut.
Adik Radin Akif bin Radin telah menjuarai Pertandingan Memanah Lelaki 1000 Liga Peringkat Daerah Mersing pada tahun ini. Naib Johan telah dimenangi oleh adik Muhammad Hafizullah bin Nazaruddin, manakala berkongsi di tempat ketiga ialah adik Wan Mohammad Najib dan adik Mohammad Eqmal Hakimi bin Mohd Mohyidin.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini.