- JBS Johor
- Hits: 199
BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) MODUL SUKARELAWAN SISTEM MYPROFIL PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2024
MERSING, 27 Februari 2024 – Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing telah menyertai Bengkel Training of Trainers (TOT) Modul Sukarelawan Sistem Myprofil Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 pada 26 Februari 2024 (Isnin) di Makmal ICT, Aras 9, Blok B, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.
Bengkel ini telah dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).
Bengkel ini diadakan supaya pegawai dan kakitangan PBSD lebih memahami kaedah pendaftaran sukarelawan (SATRIA) di dalam sistem Myprofil. Selain daripada itu, peserta jua dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang sistem Myprofil untuk hebahan program yang berkaitan dengan sukarelawan.
Disediakan oleh PBSD Mersing
- JBS Johor
- Hits: 199
