- JBS Johor
- Hits: 198
PROGRAM JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA PROGRAM JOHOR BERSIH PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2024
MERSING, 5 Februari 2024 – Program Jalan Angkat (PJA) sempena Johor Bersih kembali diadakan pada 4 Februari 2024 bermula jam 8.00 pagi di sepanjang Jalan Sulaiman dan Jalan Legaran Penambang.
Aktiviti gotong-royong kali ini turut disertai oleh kakitangan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Mersing dan Pejabat Kebajikan Daerah Mersing untuk memastikan laluan Zon 2 sentiasa bersih daripada sampah sarap. YBrs Tuan Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing turut bersama-sama meninjau di semua lokasi Program Jalan Angkat (PJA) yang diadakan pada hari tersebut.
Dalam usaha untuk merealisasikan slogan “Mersing Daerah Pelancongan Lestari”, kebersihan tidak boleh diabaikan dan cabaran terbesar adalah untuk megubah minda dan sikap Bangsa Johor tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.
#MersingDaerahPelanconganLestari
Disediakan oleh PBSD Mersing
- JBS Johor
- Hits: 198
