- JBS Johor
- Hits: 105
PERBINCANGAN PENYELARASAN PELAKSANAAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2023
BENUT, 27 September 2023 - Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Pontian Tahun 2023 dirancang akan dilaksanakan pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) di Dataran Dato' Jalok, Benut bermula 7.00 pagi. Jangkaan kehadiran peserta ke Program tersebut ialah seramai 2000 orang.
Bagi melancarkan perjalanan program tersebut, satu perbincangan penyelarasan bersama antara pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian bersama Pejabat ADUN Benut, RISDA Pontian dan IPD Pontian telah diadakan pada 10.00 pagi tadi di Pejabat DUN Benut.
Pelbagai pengisian aktiviti sukan yang dirancang antaranya Fun Run 5KM, Fun Walk 5KM, Street Soccer 3on3, Bola Jaring 3on3 dan lain-lain lagi. Majlis Perasmian dijangka pada jam 7.10 pagi yang akan disempurnakan oleh YB. Dato' Ir. Haji Hasni bin Mohammad, ADUN Benut.
Turut sama dalam perancangan ialah Program Ramah Mesra bersama Brother Motor yang akan dianjurkan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia Daerah Pontian dan Santai J-Robik PWPK oleh pihak RISDA Pontian.
Jangan lupa orang Pontian, jom ke Benut raikan HARI SUKAN NEGARA 2023!
Perbincangan tamat kira-kira jam 11.15 pagi.
Disediakan oleh PBSD Pontian
- JBS Johor
- Hits: 105
