28 Oktober 2023 - Telah berlangsung Program Rakan Digital: Canva Editing Skills Siri 5 secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet yang berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 1.30 petang hingga jam 3.30 tengahari. Siri kali ini disertai oleh seramai 49 orang peserta yang terdiri daripada belia berumur 15 tahun hingga 30 tahun.
Objektif program ini adalah untuk memberikan ruang dan peluang kepada belia untuk meningkatkan ilmu pengetahuan menggunakan perisian digital serta mempelajari kemahiran reka bentuk grafik, menguasai alat dan ciri-ciri Canva selain daripada mencipta kandungan digital yang menarik.
Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan menerusi Gaya Hidup Rakan Muda: Rakan Digital ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada penggesaan rakyat terutamanya golongan belia untuk menggunakan platform dalam talian dan memberikan nilai tambah kepada belia.
Rakan Muda, Yakin Boleh
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 131
