- JBS Johor
- Hits: 155
JABATAN BELIA DAN SUKAN TERIMA KUNJUNG HORMAT PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN CAWANGAN JOHOR
Johor Bahru, 14 Mei 2024 - Perbadanan Kemajuan Kraftangan Cawangan Johor telah mengadakan kunjung hormat kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Antara perkara yang dibincangkan adalah ruang jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang. Selain itu, pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan juga telah membentangkan peranan serta fungsi agensi tersebut dan Kompleks Kraf Johor yang terdapat di Jalan Datin Halimah, Larkin Johor Bahru.
Rombongan Perbadanan Kemajuan Kraftangan yang diketuai oleh Pengarah agensi tersebut iaitu Puan Noor Azima bin Mohd Alwi telah disambut oleh Encik Shamsuhaime bin Basir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Semoga perjumpaan ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua agensi dalam melaksanakan peranan masing-masing.
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 155
