- JBS Johor
- Hits: 158
KEMBARA JOM SINGGAH KE JOHOR!
Johor Bahru, 27 April 2024- Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Adam Adli Abd Halim hadir ke sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia bersempena dengan penganjuran program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.
Sebanyak 22 aktiviti dan pameran telah diadakan antaranya taklimat oleh pihak ROY, aktiviti gaya hidup Rakan Muda dan reruai dari jabatan serta agensi kerajaan dan NGO bagi memeriahkan lagi program ini. Kemuncak program adalah sesi libat urus YB Adam Adli bersama anak muda Johor. Aspirasi Anak Muda Johor serta maklum balas dan pandangan yang diterima ini akan menjadi input bagi memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu kepada pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].
Antara panel pada sesi libat urus tersebut adalah YB Aznan Tamin Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor dan Mohammad Aliff bin A.Rahim Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Johor. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) JBSN, Dr. Zainah Shariff, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) YB Dato’ Haji On Jabbar, Ybrs. Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam bin Mohamad, Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTM, dan Pengarah JBS Negeri Johor, Encik Shamsuhaime Basir.
Menggerak Belia, JBSN Bersama
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNBersama #MalaysiaMADANI #RakanMuda
Bahagian Penganjuran Sukan, Belia dan Sukarelawan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia
Jabatan Penerangan Negeri Johor
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 158
