Educity, 9 Jun 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor juga turut berkesempatan membuat pameran di program Johor Youth Meetup by OMJ bertempat di Educity Sports Complex. Pameran Jabatan menyediakan kuiz yang menarik berkenaan Rakan Muda dan berpeluang untuk mendapatkan cenderahati secara percuma.
Selain itu pameran Jabatan Belia Sukan Negeri Johor juga turut membuat penampilan khas atlet PARASUKMA bersempena Road to PARASUKMA 2024 di Sarawak nanti.
Ayuh datang beramai-ramai datang untuk memeriahkan lagi Program Johor Youth Meetup by OMJ di Educity Sports Complex hari ini.
Johor Bahru- Majlis Ziarah Kasih bersama Persatuan Alumni KBS bersama kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor. Tuan Shamsuhaime bin Basir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mengalu-alukan kedatangan para alumni ke Majlis Ziarah Kasih dan majlis diteruskan dengan ucapan Ybhg Dato' Baharudin Jalin Presiden Persatuan Alumni KBS.
Acara dimeriahkan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada para alumni sebagai tanda kenang-kenangan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Alumni KBS kerana sudi meluangkan masa bersama kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Semoga ukhwah ini sentiasa terjalin dan berkekalan.
JOHOR BAHRU, 25 Mei 2024 - Program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2024 telah diadakan di Padang Akasia & Begonia, Plaza Angsana Johor Bahru bermula pada 23 Mei hingga 26 Mei 2024.
Bahagian Pembangunan Rakan Muda juga turut bersama-sama turun padang bagi Pameran Rakan Muda khas buat para belia di Johor. Pelbagai agensi di bawah KBS juga turut serta dalam memeriahkan lagi reruai KBS, antaranya ialah Unit Komunikasi Korporat KBS, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh dan Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar.
Pelbagai perkhidmatan khas buat pengunjung Minggu Perpaduan antaranya seperti kaunter pendaftaran Rakan Muda & Pameran Interaksi Rakan Muda, aktiviti Mari Mencuba Barista & Pastri, Demonstrasi Plastic Welding dan pelbagai lagi.
Majlis perasmian Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2024 ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Larkin, 25 Mei 2024 - Telah berlangsung Program Inspire i-Talent Peringkat Negeri Johor Siri 2 Tahun 2024 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor yang mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan OKU di Negeri Johor dengan penyertaan seramai 84 orang. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor dan Persatuan Renang Para Johor.
Program i-Talent adalah platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu golongan OKU dalam bidang sukan untuk diketengahkan ke peringkat sukan yang lebih tinggi. Terdapat 9 acara yang ditawarkan iaitu para olahraga, para renang, para catur, para memanah, para ping pong, boccia, para badminton, para lawn bowl dan para powerlifting.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Sukan,Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Saudara Mohd Faiz Bin Mohamad atas Penganugerahan Tempat Ketiga, Kategori Individu Lelaki Anugerah Perdana Belia Negara 2024 bersempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan.
17 Mei 2024, Dataran Tasik Bandar Penawar- Telah berlansung malam cinta Rasul "Belia Berselawat" bertempat di Dewan Utama Program Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor.
Disediakan oleh JBSN Johor
MAJLIS DOA SELAMAT KAKITANGAN JBS NEGERI JOHOR YANG AKAN BERANGKAT KE TANAH SUCI MEKAH MENUNAIKAN FARDU HAJI
Semoga Encik Mohd Hussin bin Mohd Rashid dipermudah segala urusan dan mendapat Haji yang Mabrur.
Disediakan oleh JBSN Johor
Majlis Ziarah Kasih Exco Persatuan Alumni Bekas Anggota KBS
Johor Bahru- Majlis Ziarah Kasih bersama Persatuan Alumni KBS bersama kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor. Tuan Shamsuhaime bin Basir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mengalu-alukan kedatangan para alumni ke Majlis Ziarah Kasih dan majlis diteruskan dengan ucapan Ybhg Dato' Baharudin Jalin Presiden Persatuan Alumni KBS.
Acara dimeriahkan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada para alumni sebagai tanda kenang-kenangan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Alumni KBS kerana sudi meluangkan masa bersama kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Semoga ukhwah ini sentiasa terjalin dan berkekalan.
Iskandar Puteri, 16 Mei 2024 - YB Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah hadir bagi menziarah atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah binti Md Elias yang kini berapa di Hospital Columbia Asia , Iskandar Puteri. Lawatan ini juga sebagai tanda keprihatinan pihak Kementerian Belia dan Sukan terhadap beliau dan keluarga selain memastikan aspek kebajikan terus terpelihara.
Turut hadir bersama Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Encik Mohamad Mazlan bin Haji Anis, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Kita mendoakan kepada beliau dan keluarga agar terus cekal dan kuat dalam menghadapi ujian serta diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Amin.