Kota Tinggi, 14 September 2024 - Telah berlangsung Program Cabaran Wanita Waja Peringkat Negeri Johor 2024 bertempat di Gunung Panti Barat, Kota Tinggi.
Seramai 56 orang peserta wanita yang terdiri daripada agensi kerajaan, NGO sukan dan belia, pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta dan orang perseorangan telah berjaya menyahut cabaran mendaki Gunung Panti ini.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Hutan Daerah Johor Selatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kota Tinggi dan malim gunung yang mengetuai pendakian.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta, ANDA HEBAT
14 September 2024, Masai - Telah berlangsung Majlis Perasmian Program Khidmat Komuniti Parlimen Belia Negeri Johor 2024 “Hari Malaysia Lestari Jauhar” di Lorong Seni Masai, Pasir Gudang.
Program Khidmat Komuniti Parlimen Belia Malaysia 2024 merupakan inisiatif Kementerian menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dalam meningkatkan peranan dan sumbangan yang boleh diberikan Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) kepada pembangunan komuniti dan golongan belia negara. Pelaksanaannya adalah selaras dengan Pelan Strategik JBSN, Pelan Strategik KBS dan Model Pembangunan Belia Madani 2030 serta Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang memberi penekanan terhadap pembangunan belia secara inklusif.
Tema Program kali ini adalah “Hari Malaysia Lestari Jauhar” juga sebagai ambang kepada Sambutan Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September 2024 akan datang.
Turut hadir Yang Berhormat Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Puan Belinda Michelle binti Bennedict selaku wakil rasmi Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Tuan Madyasir bin Ahmad Basir, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Saudara Saufi Adli bin Adam selaku Pegawai Progam pada hari ini.
Pasukan Para Powerlifting Johor telah memulakan latihan pusat sebagai persiapan akhir menjelang Sukan PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 di Kuching. Pasukan Para Powerlifting Johor terdiri daripada 8 orang atlet, seorang Pengurus pasukan dan 3 orang jurulatih.
Pasukan Para Powerlifting Johor telah berjaya membawa pulang 1 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa dalam edisi Para Sukma XX Kuala Lumpur 2022.
Pasukan Para Catur Johor telah memulakan latihan pusat sebagai persiapan akhir menjelang Sukan PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 di Kuching. Atlet Catur menjalankan latihan di KOMBES Johor, Larkin. Pasukan Para Catur Johor terdiri daripada 16 orang atlet, seorang Pengurus pasukan, 4 orang jurulatih dan 3 orang pengiring.
Pasukan Para Catur Johor telah berjaya membawa pulang 14 pingat emas 6 pingat perak dan 5 pingat gangsa dalam edisi Para Sukma XX Kuala Lumpur 2022.
Pasukan Boccia Johor telah memulakan latihan pusat sebagai persiapan akhir menjelang Sukan PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 di Kuching. Atlet Boccia menjalankan latihan di KOMBES Johor, Larkin. Pasukan Boccia Johor terdiri daripada 4 orang atlet, seorang Pengurus pasukan, seorang jurulatih dan 4 orang pengiring.
Pasukan Boccia Johor telah berjaya membawa pulang 1 pingat perak dalam edisi Para Sukma XX Kuala Lumpur 2022.
Pasukan Para Badminton Johor telah memulakan latihan pusat sebagai persiapan akhir menjelang Sukan PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 di Kuching. Atlet Badminton menjalankan latihan di KOMBES Johor, Larkin. Pasukan Para Badminton Johor terdiri daripada 7 orang atlet, seorang Pengurus pasukan, seorang jurulatih, seorang guide dan seorang pengiring.
Pasukan Para Badminton Johor telah berjaya membawa pulang 3 pingat emas dan 1 pingat perak dalam edisi Para Sukma XX Kuala Lumpur 2022.
Pasukan Para Memanah Johor sedang giat menjalankan latihan pusat di Lapang Sasar Memanah Mutiara Rini sebagai persiapan untuk menyertai Sukan PARA SUKMA XXI Sarawak 2024, yang akan berlangsung dari 22 hingga 28 September 2024 di Kuching, Sarawak.
Latihan melibatkan beberapa aktiviti penting, termasuk latihan shoot form jarak dekat sebanyak 2 set, diikuti dengan shoot distance 50m dalam 2 set. Selain itu, atlet juga menjalani practice shoot 50 meter sebanyak 2 set untuk meningkatkan ketepatan dan konsistensi mereka.
Atlet utama, Muhammad Nazri bin Ariffin, bersama jurulatih dan pengurus pasukan, sedang berusaha keras untuk mencapai prestasi terbaik menjelang temasya sukan berprestij ini. Para Memanah Johor tidak menyertai pada edisi lalu di PARA SUKMA XX Kuala Lumpur 2022. Pasukan Para Memanah Johor optimis dapat meraih pingat dan mengharumkan nama negeri.
Pasukan Para Olahraga Johor telah memulakan latihan pusat sebagai persiapan akhir menjelang Sukan Para Sukma XXI 2024 di Sarawak. Atlet Olahraga menjalankan latihan di KOMBES Johor, Larkin. Pasukan Para Olahraga Johor terdiri daripada 36 orang atlet, seorang Pengurus pasukan, 4 orang jurulatih, seorang guide runner dan 2 orang pengiring.
Pasukan Para Olahraga Johor telah berjaya membawa pulang 17 pingat emas, 16 pingat perak dan 13 pingat gangsa dalam edisi Para Sukma XX Kuala Lumpur 2022.
Pasukan Para Tenpin Bowling Johor telah memulakan latihan pusat sebagai persiapan akhir menjelang Sukan PARA SUKMA XXI Sarawak 2024 di Kuching. Latihan telah diadakan di Leisure Mall, Pelangi. Pasukan Para Tenpin Bowling Johor terdiri daripada 16 orang atlet, seorang Pengurus pasukan, 2 orang jurulatih dan 3 orang pengiring.
Pasukan Para Tenpin Bowling Johor telah berjaya membawa pulang 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa dalam edisi Para Sukma XX Kuala Lumpur 2022.