
- JBS Johor
- Hits: 54
LAWATAN PEMERIKSAAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN KOMPLEKS SUKAN PERMOTORAN TANGKAK DAN KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI KUNDANG ULU, TANGKAK OLEH PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR
- JBS Johor
- Hits: 54
TANGKAK,10 April 2025 - Unit Pembangunan Jabatan bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor YBhg. En. Shamsuhaime bin Basir telah mengadakan Lawatan Pemeriksaan Penyelenggaraan Bangunan kali-1 bagi tahun 2025 ke Kompleks Sukan Permotoran Tangkak dan Kompleks Sukan Komuniti Kundang Ulu, Tangkak Johor.
Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tangkak iaitu En. Mohd Al-Aswat bin Ab.Rahaman. Dalam lawatan tersebut tuan Pengarah membuat lawatan pemeriksaan kerosakan bangunan dan penambaik baikkan yang sesuai untuk kegunaan pengguna dan beliau telah memberikan beberapa pandangan dan nasihat berkaitan penggunaan fasiliti dan penjagaan aset yang teratur supaya sentiasa dalam keadaan yang baik.
Unit Pembangunan JBSJ dan PBSD Tangkak mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Tuan Pengarah.
#MalaysiaMadani
#MajuJohor
#TeamKBS
Disediakan oleh JBSN Johor