PROGRAM JIWA @ KOMUNITI MADANI PARLIMEN MERSING BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

PROGRAM JIWA @ KOMUNITI MADANI PARLIMEN MERSING BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

MERSING, 24 April 2025 – Pejabat Penerangan Daerah Mersing telah menganjurkan program Jiwa @ Komuniti Madani Parlimen Mersing bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di perkarangan pejabat berkenaan dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang.

Program tersebut bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat melalui suasana santai dan mesra dalam sambutan Syawal. Antara yang turut hadir memeriahkan majlis ialah warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing yang memenuhi undangan rasmi daripada pihak penganjur.

Majlis ini diserikan dengan pelbagai juadah tradisional yang menjadi kegemaran ramai seperti rendang, ketupat, lemang, dan nasi impit. Kehadiran para tetamu turut dimanfaatkan sebagai ruang untuk beramah mesra secara santai sambil menikmati hidangan, dalam suasana penuh keceriaan dan silaturahim Syawal.

Program seumpama ini diharap dapat terus menjadi wadah kebersamaan antara agensi, menyemai semangat komuniti madani yang inklusif dan mesra rakyat.

 

Disediakan oleh PBSD Mersing

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search