
- JBS Johor
- Hits: 49
MAJIS PELANCARAN PERTANDINGAN BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI JOHOR
- JBS Johor
- Hits: 49
Larkin, 26 April 2025 - Telah berlangsung Pertandingan Biggest Loser Peringkat Negeri Johor 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor yang melibatkan penyertaan seramai 211 orang peserta dari seluruh Negeri Johor.
Program ini terbuka kepada semua warganegara yang berumur antara 18 hingga 60 tahun dan merupakan inisiatif JBSN dalam usaha memperkasa masyarakat dalam aspek kesihatan dan kecergasan. Objektif program adalah untuk menggalakkan peserta menjalani gaya hidup secara sihat dengan berat badan yang ideal.
Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan (Sukan), Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam. Turut hadir adalah Encik Marcus Sambag
Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Promosi Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Puan Loo Lean Hiong daripada Nutrition Sport Academy.
Terima kasih diucapkan kepada Wellness Hub, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Persatuan Senamrobik Negeri Johor atas kerjasama menjayakan program ini.
Hidup Cergas dan Aktif
#JBSJohor
#JBSNBersama
#TEAMKBS
#SukanKecergasan
#XtifJohor
Disediakan oleh JBSN Johor