MAJLIS SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2025M/1446H

MERSING, 27 Januari 2025 – Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Daerah Mersing Tahun 2025M/1446H telah berlangsung dengan penuh penghayatan di Masjid Kampung Baru Air Tawar, Mersing, pada 26 Januari 2025 (Ahad) dari jam 7.00 petang. Program ini telah dihadiri oleh pelbagai pemimpin daerah, pegawai kerajaan dan masyarakat setempat.


Acara dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti ceramah khas oleh As-Syeikh Tuan Haji Muhamad Suhadi bin Mseran, Tuan Kadi Daerah Mersing, yang mengupas hikmah peristiwa Israk dan Mikraj serta pengajarannya dalam kehidupan. Selepas azan Isyak, ceramah diteruskan sebelum sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah,Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Pegawai Daerah. Majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan bersurai sekitar jam 9.30 malam.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Ketua Polis Daerah Mersing, Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Penghulu-Penghulu Mukim serta Ketua-Ketua Kampung Daerah Mersing.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing turut diundang bagi memperkukuh jalinan ukhuwah antara pentadbiran daerah dan masyarakat setempat. Majlis ini bukan sahaja menghayati peristiwa Israk dan Mikraj tetapi juga mengeratkan
silaturahim dalam komuniti.

#pbsdmersing
#israkdanmikraj
#MesmerizingMersing
#TeamJBSN

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search