JABATAN BELIA DAN SUKAN JOHOR MENYERTAI KUMPULAN FOKUS DAN SESI LIBAT URUS KAJIAN REFORMASI PENDIDIKAN ZON SELATAN 2024.

JABATAN BELIA DAN SUKAN JOHOR MENYERTAI KUMPULAN FOKUS DAN SESI LIBAT URUS KAJIAN REFORMASI PENDIDIKAN ZON SELATAN 2024.

05 Disember 2024 - Berjaya Waterfront JB, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menerima jemputan menyertai bengkel Kumpulan Fokus dan Sesi Libat Urus Kajian Reformasi Pendidikan Negara Zon Selatan 2024 bermula 4 & 5 Disember 2024 di Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru.

Program ini merupakan anjuran Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia yang disertai seramai 80 orang peserta daripada Jabatan/agensi kerajaan,Syarikat berkaitan kerajaan(GLC),Institusi Pengajian Tinggi dan “Stakeholders” dalam bidang pendidikan negara daripada negeri Johor,Melaka dan Negeri Sembilan.

Bengkel dan Sesi Libat Urus selama 2 hari ini dilaksanakan untuk mendapatkan input dan pandangan mengenai sektor pendidikan negara hari ini yang antara lain merangkumi Nilai Teras(Perpaduan Nasional, Kerohanian dan Kelestarian);Pelaburan Strategik Pendidikan;Pembangunan Kurikulum;Kemahiran dan Kecekapan;Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Tadbir Urus.

En.Ruhisyam Bin Ibrahim,Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi telah mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan terlibat secara langsung dalam pembentangan kumpulan 1(FA 1) yang meliputi “Understanding National Education Landscape,Strategy and Initiative Canvas” serta “Education Reform Roadmap” menjelang tahun 2040.Bengkel dan Sesi libat Urus kali ini diharapkan mampu memperkasakan sistem pendidikan negara secara menyeluruh bagi memastikan generasi pewaris negara dapat menjadi penggerak kepada kemakmuran,keharmonian dan kemajuan negara yang berteraskan perpaduan antara kaum di Malaysia.

 

Disediakan oleh JBSN Johor

 

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search