PERHIMPUNAN BULANAN JBSN JOHOR BIL.1 TAHUN 2025

LARKIN, 15 Januari 2025 - Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan JBSN Johor Bilangan 1 Tahun 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.

Amanat telah disampaikan oleh YBrs Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah JBSN Johor kepada semua Pegawai dan kakitangan JBSN Johor merangkumi aspek etika kerja dan tanggungjawab sebagai penjawat awam dan turut memberi motivasi untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada kumpulan sasar dan orang awam.

Dalam majlis tersebut, seramai 8 orang Pegawai dan kakitangan telah menerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan pada Bulan November dan Disember 2024. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti yang telah diberikan dan berharap semua kakitangan dapat meneruskan kecemerlangan bekerja pada tahun 2025 dengan lebih berdedikasi.

#JBSNJohor
#JBSNBersama
#TeamKBS

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search