KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI JOHOR KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI JOHOR KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR

Johor Bahru, 12 Jun 2025 — Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Encik Mohd Suhaimi bin Mohd Rashid, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Johor ke atas Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Johor.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor dengan jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan dan memperkukuhkan sistem penyampaian statistik di negeri Johor . Dalam pertemuan tersebut, Encik Mohd Suhaimi turut membentangkan maklumat berkenaan Penganjuran Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) Kali Ke-14 Tahun 2025 yang akan berlangsung di Pagoh, Muar.

Sukan Statistik Kebangsaan merupakan acara tahunan yang bertujuan memupuk semangat kesukanan di kalangan warga kerja Jabatan Perangkaan Malaysia di seluruh negara, selain menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan.

Encik Shamsuhaime dalam pertemuan itu menyatakan sokongan penuh pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor terhadap penganjuran Sukan Statistik Kebangsaan 2025, khususnya dari segi perkongsian pengalaman dalam pengurusan acara sukan serta kemudahan-kemudahan sukan yang terdapat di negeri Johor.

Pertemuan ini diakhiri dengan sesi bergambar antara kedua jabatan.

#YakinBoleh

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNkomited

#JBSNJohor

#MalaysiaMadani 

Shamsuhaime Basir

#DOSMJohor

Disediakan oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search