LARKIN, 20 Oktober - Telah berlangsung Klinik Jombola Peringkat Kebangsaan (Negeri Johor) 2024 selama dua hari bermula 19 Oktober 2024 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.
Klinik ini merupakan anjuran Persatuan Jombola Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang mensasarkan penyertaan seramai 30 orang peserta dari seluruh negeri Johor. Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan sukan baharu iaitu jombola kepada masyarakat dan komuniti sukan di negeri ini.
Sesi telah dikendalikan oleh barisan Jurulatih daripada Persatuan Jombola Malaysia iaitu Encik Muhammad Hamzah bin Mohamed Yusoff & Cik Nasiratul’aini Hitomi binti Nasruldin. Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Jombola Malaysia atas penganjuran klinik ini dan tahniah diucapkan kepada semua peserta.
Anda Luar Biasa, JBSN Bersama
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 184
