Seramai hampir 5,000 orang peserta telah menyertai Larian Ria Madani yang membanjiri perkarangan Dataran Mahkota, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre, Pasir Gudang pada hari ini.
Turut disertai oleh YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor dan dif-dif jemputan yang lain. Para peserta tampak bersemangat dan teruja untuk mengikuti larian sejauh hampir 6KM ini. Terima kasih Bangsa Johor atas sokongan dan penyertaan anda !
Pasir Gudang, 11 Oktober 2025 - Suasana meriah di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pasir Gudang dengan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Negeri Johor yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, selaku Wakil Rasmi Menteri Besar Johor.
Turut hadir YBrs Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri Johor dan Ketua-Ketua Jabatan.
HSN kali ini dengan kerjasama rakan strategik utama, Majlis Bandaraya Pasir Gudang menyediakan pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan, pameran informatif dan jualan produk sukan yang menarik. Acara utama HSN, Larian Ria Madani sejauh 6 km mencuri tumpuan dengan penglibatan seramai lebih dari 5,000 orang peserta yang hadir seawal jam 6.30 pagi bersama rakan dan keluarga sebagai tanda sokongan terhadap sambutan Hari Sukan Negara.
6 Oktober 2025, Johor Bahru - Telah berlangsung Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Johor Sidang I, Penggal Ke-35 Sesi 2025-2026 bertempat di Dewan Persidangan Blok C, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.
Persidangan kali ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji On bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) selaku wakil rasmi kepada Menteri Besar Johor.
Objektif persidangan antara lain adalah bagi membincangkan isu belia dan memberi peluang kepada wakil pemimpin belia menyuarakan usul dan agenda pembangunan belia selaras dengan senario perubahan semasa serta memperkukuh hubungan dengan agensi Kerajaan. Persidangan ini merekodkan sebanyak 6 usul oleh pihak Majlis Belia Negeri Johor yang telah dibahaskan dengan penuh semangat.
Turut hadir, Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Encik Mohammad Alif bin A Rahim, Presiden Majlis Belia Negeri Johor berserta badan gabungan, ketua-ketua agensi persekutuan dan negeri juga wakil media dengan jumlah kehadiran seramai 120 orang.
Onn Hafiz Ghazi
Hairi Mad Shah - HMS
Shamsuhaime Basir
Bahagian Penganjuran Sukan, Belia dan Sukarelawan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
JOHOR BAHRU, 28 September 2025 – Telah berlangsung Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Johor Bahru 2025 dengan kerjasama Kelab Belia Progresif Aman Larkin, Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
Program ini melibatkan penyertaan seramai 83 peserta daripada pelbagai peringkat umur termasuk komuniti rumah perlindungan dan ahli Kelab Belia Progresif Aman Larkin. Antara pengisian utama ialah aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah perlindungan serta ceramah berkaitan pemakanan sihat yang disampaikan oleh Puan Norsazila binti Hamidon ,Pegawai Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
Penganjuran ini bertujuan untuk mengurangkan masalah kesihatan mental melalui penglibatan belia dalam aktiviti kemasyarakatan, sekali gus membantu meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran sosial mereka.
Turut hadir memeriahkan program ialah Puan Nur Naimah binti Mahmod, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru, serta Pengerusi Kelab Belia Progresif Aman Larkin, Encik Mohd Said Iskandar bin Kamal Admi.
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Jaring dan Pasukan Ping Pong yang mewakili negeri Johor dan berjaya mara ke peringkat separuh akhir .
Hari esok merupakan detik penentuan bagi kedua-dua pasukan ini yang mana akan menentang pasukan WP Kuala Lumpur bagi sukan bola jaring dan ping pong.
Tahniah dan syabas jua diucapkan kepada Pasukan Sepak Takraw atas usaha mara ke peringkat suku akhir dalam satu perlawanan sengit menentang pasukan Kelantan.
PONTIAN, 27 September 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah berpeluang memberikan taklimat awal kepada Pertubuhan Belia dan Individu Belia berkaitan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 pagi tadi bersempena dengan pelaksanaan Bengkel Persediaan Calon Anugerah Belia Cemerlang (ABC) Parlimen Pontian Tahun 2025. Inisiatif awal ini telah digerakkan bersama-sama Pejabat Ahli Parlimen Pontian bersempena dengan pelaksanaan Anugerah Belia Cemerlang (ABC) Parlimen Pontian Tahun 2025 dijangka akan disampaikan pada Disember 2025. Taklimat APBN telah disampaikan oleh Puan Nor Azreen binti Md. Lasim, Pegawai Cawangan Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir, Encik Mohd Iskandar bin Selamat, Pegawai Khas YB Ahli Parlimen Pontian, Puan Morni binti Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian dan Encik Nor Mohamad Shawaludin bin Abdul Malik, Yang Dipertua, Majlis Belia Daerah Pontian. Semoga dengan pelaksanaan Bengkel ini dapat bantu meningkatkan pencalonan APBN Tahun 2026.
Iskandar Puteri, 24 September 2025 - Telah berlangsung Sesi Libat Urus Program Advokasi Kod Sukan Selamat Siri 1 Peringkat Negeri Johor 2025 bertempat di Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Seramai 275 orang peserta yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan Kokurikulum dari sekolah di sekitar daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang telah menyertai program ini.
Taklimat Kod Sukan Selamat telah disampaikan oleh Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan (Sukan) selaku focal point bagi negeri Johor. Advokasi ini diadakan bagi tujuan memperkasakan peranan pemegang taruh sukan di peringkat akar umbi terutamanya di peringkat sekolah sebagai salah satu langkah dalam pembangunan sukan secara menyeluruh.
Jabatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan kerjasama dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
MERSING, 24 September 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Mersing dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kawanku, Bandar Mersing telah menganjurkan Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Mersing Siri 1 yang berlangsung di Hutan Bandar Mersing, pagi ini.
Program yang bermula pada jam 8.20 pagi itu diketuai oleh Puan Fadilah binti Tahir, Presiden Healthy Dynamic Aerobic Club.
Penganjuran program ini bertujuan melatih warga emas untuk kekal aktif, sihat, dan menjadikan aktiviti sukan serta kecergasan sebagai budaya hidup di samping menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Amalan senaman yang konsisten bukan sahaja membantu mengurangkan risiko penyakit kronik malah meningkatkan kekuatan otot dan tulang serta mengekalkan fungsi kognitif dalam kalangan warga emas.
PBSD Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi komitmen dan sokongan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini – khususnya kepada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kawanku, Bandar Mersing serta Healthy Dynamic Aerobic Club.